Pages

Thursday, December 27, 2012

22nd Dec 2012: Aktiviti Mem"Bowling" Keluarga

Salam semua reader tegar ataupun senyap..saya menghargai anda semua... cewah...

just nak bercerita aktiviti keluarga kami pada 22 dec 2012 sehari selepas konon2nya dunia nak kiamat...
hihi...

Nak tau apa kami buat? hehe..tengok tajuk pun tau kan... kami pegi main bowling kat Amanjaya Mall, shopping complex yg baru buka kat SP...

Kami adalah :
Keluarga Abg Din and Kak Pah = 5 Org
Keluarga En Mansor @Chot and Puan Siti = 4 Org..
Keluarga Puan Noraini and En Adnan : x dapat menghadirkan diri

hoho... best jugak rupanya main bowling seisi keluarga nie...
hari tu..adek I terpaksa masuk ke kumpulan keluarga En Mansor kerana x cukup org, sbb ank dia yg bongsu tu x mau main...
memula tu kitorg hanya pilih tuk main 1 game jer... tetapi oleh kerana best sangat dan rasa x puas maka kami pun tambah lagi satu game... habis game ngam2 waktu maghrib..so after main tros g solat...hihi..
sapa menang sapa kalah x yah cter lah yer...hihihi...

so layan gmbr2 kat sini yer..macam2 gaya ada...hihihi..

PS: sorry malas nak lekat gmbr ni...hehehe...

Wednesday, December 26, 2012

Cuti Terakhir Hujung Tahun 2012

Assalamualaikum ..

Di saat ini aku bersyukur kerna masih diberikan peluang dan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah SWT yg indah lagi mengasikkan ini.

Ramai yang menjangkakan dunia ini akan menemui kehancuran pada dec tahun ini terutama pihak-pihak Barat kerna mempercayai ramalan puak Mayan. Namun sebagai seorang muslim, aku percaya bahawa dunia ini pasti akan berlaku kiamat, namun bila waktu dan ketikanya hanya Pencipta-Nya yang mengetahui. Oleh itu, sentiasalah beramal seolah-olah kamu akan mati esok harinya dan berkerja lah seolah-olah anda akan hidup seribu tahun lagi.

......................................................................

21 Dec 2012 hingga 25 Dec 2012. Cuti terakhirku untuk tahun ini. Cuba sedaya upaya untuk berehat sebaik mungkin. Namun banyak juga halangan nya... ada beberapa perkara aku list untuk buat time cuti ni..ada yg buat ada yang x..

Checklist

  1. Renew Passport - Laos Trip >>> DONE
  2. Renew Lesen Keta >>> NOT DONE
  3. Wedding Syaz-Azman @Taiping >>> UNABLE TO ATTEND 
  4. Beli Baju- Laos Trip >>> NOT DONE
  5. Reunion Bowling SMKD >>> NOT DONE

sila la lihat checklist diatas.. hanya sempat buat 1. itu pun dah mengambil masa satu hari suntuk kat Imigresen  Alor Star tu.. aku duduk situ dari org penuh sampai dah clear... Ada masalah dgn cip kat passport yg baru tu.. haish..

No 2-3 tu , langsung x smpt... huhuhu...

PS: len kali kena check lu... family ada event lain x tyme cuti tu...


Monday, December 17, 2012

Soalan itu:~ Berikan lah jawapannya...

Di saat itu, di tika itu...
Aku bahagia, aku rasa sempurna...

Kini ia menjadi kenangan...
Yang menyiksakan...
Kenangan yang menghantui aku ..

Saat aku sepi,  Saat aku sunyi..

Aku tetap memegang hingga kini...
kerna masih belum ku terima jawapan darimu..
Akan soalan ku yg klise..

" Siapa aku pada mu?"

Dari dulu, hanya sepi menjadi jawapan..

Tolonglah... berikan aku jawapan itu..
agar aku bisa mengatur perasaan...
agar aku punya sebab untuk berpatah hati..
agar aku punya bayangan masa depan....
with or without you....

Princeseira 16 Dec 2012
Ampang, Selangor

Monday, December 3, 2012

Hobi yang ditinggalkan, Muncul kembali..

2-3 hari kebelakangan ni aku kembali dengan hobi yang telah lama ditinggalkan. Iaitu menonton cerita romantic, menusuk kablu, tangkap leleh dan yang sewaktu dengannya...

Dah lama sebenarnya aku berhenti tengok cerita2 seperti ni.. sebab nya:
1. Lepas habis jer movie or drama tu.. aku akan rasa literally hati aku kosong... and of course sedih dan segala macam perasan lagi.
2. Mula la nak berangan mcm lam movie tu.
3. etc..

Yang pentingnya sebab pertama tu.. rasa seperti hati aku ada lubang kosong... susah oo nak hilang perasan tu...

Tetapi oleh kerana aku agak boring lately I pun mula balik hobi aku tu...

aku start dengan korean Movie yang sangat terkenal dengan kecomelan pelakonnya, romantic.

1st Movies : Lie To Me
Sangat comel, walaupun aku rasa kemungkinan berlaku di alam nyata amatlah tipis. tapi cara mereka buat filem tu sangat2 convincing sampai kita boleh percaya.. sweet moments mmg sgt2 sweet la.. couple yang melengkapi each other..


2nd Movie : Faith
Epic Drama, yg berlaku di zaman dynasti dulu2 kat korea. Time travel lagi satu event yg masih belum dibuktikan sains namun dengan senang mereka mengolah cerita sehingga ia boleh dipercayai dan logik... Hubungan warrior n doktor yang complicate. tp sangat sweet...
mana nak cari warrior cute, comel and handsome macam nie....hehe...

Dua-dua cerita nie sangat2 berbaloi untuk diikuti atau ditonton.
Memang tidak menghampakan... hihi...

PS: Sedang mencari lagi cerita2 yg best...:-)
* pictures sedut from Mr Google..



Monday, November 19, 2012

Bila virus menyerang

Assalamualaikum...

Lately as we could see, people around us easily get sick. cold, flu, cough and etc is common. It like the season for people get sick...

Saya pun tidak terkecuali... past few day I travel back to my home town, and when I travel back to KL, my nose and throat feel a bit weird. I know, this is the symptoms. I quickly take panadol and rest.. but it not working. Maybe this virus immune to the medication already.

and today is Monday and it was not easy to wake up plus the medication effects.
But somehow I woke up and dress up to work. I wish I have my car with me. I can drove to my office easily without facing the same faces at the bus stop. facing the dusts and smoke emitted by others vehicles.
In this situation I wish I with my family who can take care of me.
Public transport is bad for my current conditions. I agreed it make less traffic and etc. but the disadvantages is it can spread the virus easily. Either I infected others or my condition worsen.

But I need to face the situation, currently it is the way I travel. Can blame other infected me with their virus... haha... Next time I need to be aware with the seasons also... not just people..

Auucoohhh!! again..sneezing...

Hoping today will end quickly... so that I can rest tonite...

Friday, November 16, 2012

Don't Compare if you don't understand!!

Hi... a bit emo lately...

2012 is ending.. rushing to accomplish 2012 goal and aims..
however, something that I wish and really wanted will never happen this year... seem it was not allowed to happen...
Am I not competent to be trust with it....??

But,  I wander and surprise when they praise others who can do what I am not allowed to do.. in front of me... keep telling me others are better, good, competent, wiser and etc. Don't they realize that  I've tried every single move, attempt that I can think or to let them allowed me to do so... I've put everything to make this happen.

Yes. I realize this sound very confusing to you and it was more confusing to me who need to deal with it.
still I'm feel like no improvement in 2012.  what a shame...



Monday, October 29, 2012

Makanan Di Hari Raya Haji@Korban@Aidiladha

Hi.. Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidiladha semua...semoga segala pengorbanan kita diterima Allah SWT..

Cerita Raya family kami tahun ni biasa2 ja... raya pun rasa x berapa besh sebab cuti sat sangat... raya ketiga dah kena balik KL...< Jam yg amat teruk>

Yang lain dari yang lainnya ialah...tahun ni mak x sempat nak buat special dishes ie Ketupat palas...
sebab utama ialah..daun palas x sempat beli... last-last mak beli ketupat yang dah siap balut..tunggu nak rebus ja...huhu..

rasanya oleh kerana mak x sempat nak balut ketupat dia buat mcm2 makanan lain masa hari raya... heheh i loike!

1.  Rendang daging
2. Rendang Merah daging
3. Nasi Daging
4. Lontong - try resepi baru
5. Laksa

huh! penat jugak la nak memasaknya...
so apa lagi.  hari raya dipenuhi dgn aktiviti memenuhkan perut la jawabnya... jadual diet sudah berterbangan entah ke mana..hikhik...

Sekejap lontong, sekejap nasi daging, sekejap ketupat, sekejap lagi laksa....huh...

PS: Sedapnya.....

Wednesday, October 24, 2012

Express lunch at Pacifica Cafe

Hi there...
Nak tulis sal makan-makan lak...
Today is my last day in office before go back to hometown for hari raya Aidiladha celebration.
Everything went as usual this morning until one of my college skype me the link of coupon for Lunch set meal at Pacifica Cafe, Grand Pacific Hotel.
After some internal discussion (sigh!) we finally decide to buy the coupon and used it for today lunch..
woohaa.. suddenly..boring morning turn to be interesting...hehehe...

This is what we call sudden plan.. which usually happen compare to the pre-plan events... :-)
So we go out early with our boss, and go there with hope that the dishes will be nice..
and it is! it reach our expectation... Some complaint to the french fries for my Chicken Chop set and fish set  is a bit salty and the soup of the day..it a bit spicy. But overall, it was okay.
The staff there also very friendly.

The set comprise of Soup of the day + I Main Course ( PRAWN NOODLE, GRILLED FISH CAPERS, UDANG CHACHA, CHICKEN CHOP) + I scoop of Ice Cream + Drinks (Ice Lemon Tea, Coffee, and Tea)

The place is is very nice, even they facing the main busy road.
Below is the compilation picture of the dishes we get.

 
PS: Looking forward for the next Makan-Makan session!!..

Arachnophobia @ Takut Labah-Labah

Hi!
Presenting....


Ada sesapa takut labah-labah x? yang macam kat atas nie.. 
atau yg macam kat bawah nie...




Huh..scary doh.. Aku hanya boleh tgk gambar je..itu pun sometimes boleh meremang bulu roma...even gambar.. Picas-picas ni thanks to En. google.

Actually aku nak cerita sal Arachnophobia ni.. which is aku salah seorang yg menghidapi (eh..menghidapi ke?)  phobia nie..
Arachnophobia adalah perasaan takut kepada binatang berkaki lapan iaitu lelabah and kala jengking or yg sewaktu dgnnya... 
tetapi bagi aku..aku hanya takut pada lelabah yg besar2..yg kecik2 tu pijak pun mati..hihi... 
Salah satu species ialah labah2 yg dekat rumah tu.. yg saiz dia agak besar...

Oleh kerana aku tinggal kat kampung..labah2 jenis nie memang mudah dijumpai...huh..x tenang hidup klu jumpa satu...sebab mesti pikir akan jumpa lagi ...hihi...

mostly gambar lelabah kat atas nie is related to Tarantula species which is aku x pernah meet face to face lg... nie klu jumpa mesti lari x cukup tanah nie...hikhik...

But yg specialnya lelabah nie...dia ada sisi cantik dia...
which is lagi rare lelabah tu..lagi unik color n bentuk badan dia... I only can enjoy their beauty only in picture..

Aku rasa ramai yg mengalami phobia nie kan?? 
Owh..rupa-rupanya...ramai jugak celebrity yg ada phobia ni antaranya... Kim Kardashian, Justin Timberlake and Jessica Simpson... X sangka sungguh...hihi..

Apa kata you guys share your experience at the comments box below... boleh le kita sharing-sharing..

PS: Entry ini mengandungi unsur2 ngeri, geli yang agak melampau, sesapa yg rasa x leh tgk gmbr...sila baca wording saja..hehehe... 

Tuesday, October 16, 2012

Tersepit

Pernahkah kalian berasa terhimpit, terikat, tersepit dan tidak berdaya?
bukan secara zahirnya tetapi dari segi jiwa dan emosi??

takala diri merasakan ianya perlu tapi tidak mendapat keizinan...
takala diri mahu tapi keadaan mengatakan sebaliknya...

tangan seperti mahu menyuap bersama suapan paling enak, tapi ada tangan lain yang menghalang...
jika tangan direntap hidangan ditangan pasti bertaburan, jika dibiarkan pasti kelaparan...

seperti pepatah, diluah mati emak ditelan mati bapa.

Ohh... Rumitnya keadaan...
akan tetapi jika dilihat dari segi luaran... hanya kegembiraan yang terpancar..
tiada siapa berani menyentuh isu hitam yang busuk itu... tidak siapa berani...

kerana andai disentuh, dibangkitkan hatta disuarakan...
pasti... senyuman, tawa riang akan lenyap sekelip mata... umpama penyakit berjangkit yang amat berbahaya..
topeng yang dipamerkan selama ini akan jatuh hancur berkecai umpama kaca ... tiada lagi tawa, usik-mengusik...
yang tinggal hanya perasaan hitam...hasad dengki, cemburu, sumpah seranah...

Sungguh! aku sendiri tidak BERANI!!
mengungkitkan perkara itu.. aku lebih rela kekal dalam keadaan tersepit antara kehendak dan taat...
dengan harapan suatu hari nanti semua akan sedar ... yang aku lebih memerlukan...

dan saat itu pasti sudah terlambat...


Tuesday, October 9, 2012

Brooch Felt in Da House



Hi All my dearest readers and followers... hikhikhik :-).. Perasaan banyak readers and follower la pulak!

Saya sebenarnya minat sgt craft-crafting ni...
Di bawah adalah gmbr2 hasil kerja tangan saya yang x seberapa nie...

Brooch double layer flower









Brooch Single layer flower



























Brooch Polka Dot flower














Layered Brooch



























Saya juga sedang dalam improvement untuk mencantikkan lagi hasil kerja tangan saya nie..
Ada banyak lagi design dan warna sebenarnya..tp lupa nak amik pics..

Comel kan barang2 craft ni..klu pegi kedai dia..memang heaven la... boleh lepak berjam2 kat situ..hihihi..
Kepada sesiapa berminat ...boleh ler email kat saya or tinggalkan msg kat comment box..nanti saya reply...

Sekarang ni, hanya buat ikut permintaan .. mostly hantar balik Kedah...

PS: :-)

Rasa Sesuatu...

Salam...

Pernah x korang rasa macam x sedap hati je. Buat apa pun x kena?

Sekarang ni itu lah perasaan aku...

Kerja opis berlambak dengan report, review la macam2..
Tapi bila start buat je rasa cam x puas hati akan sesuatu...

Nampaknya kena tenangkan diri nie...

PS: Boleh bagi suggestion tuk tenangkan diri??

Thursday, September 20, 2012

Syawal dan bilik baru

Suatu petang yang hening... dengan suasana yang membawa kepada tidor yg asyik...







Semenjak dua menjak nie.. sejak bilik depan tu siap... dah ada penunggu... siapa lagi klu bukan syawal!!
tiap masa ada disitu... keluar hanya pegi toilet n makan ja...

Dia dok berangan nak makan kek..sebab birthday dia dah dekat pastu tok wan dok janji nak beli kek ..
kita tunggu dan lihat..Syawal dapat makan kek dak nanti...

hihihi....

Gulai Ikan Keli Kampung

Hi ...

saya nak share 1 masakan faveret saya iaitu Gulai Ikan Keli Kampung... maksud nya..ikan keli ini yg fresh dari sawah padi.. Rasa dia mmg manis dan sgt sedap... Rugi klu x pernah rasa...

Kat bawah nie gulai yg mak saya masak haritu...
Sedap..bertambah dengan rasa manis timun..fuh..boleh tambah 2-3 kali...

hehehe..

Ikan darat seperti keli, haruan dan puyu akan senang didapati apabila tiba musim menuai padi di Kedah.. ini kerana pada masa ini air bendang/sawah akan kering dan ikan2 nie akan berkumpul di lopak2 air di sawah...
aktiviti kami sekeluarga sekiranya tiba musim menuai ialah menangkap ikan2 ini di dalam sawah...
walaupun aktiviti ini memenatkan, namun kepuasan itu amat berbaloi..tambahan apabila mengingatkan dapat menjamu selera dengan gulai ikan ini...

Kesedapan ikan keli sawah ini menandingi ikan keli yang dibela kerana ikan keli bela mempunyai lemak yg banyak manakala ikan keli sawah tidak dan agak manis isi dari ikan keli bela...

berkenaan resepi gulai ikan ni... akan saya update nanti... hehehe..

K... Sedap tau... rugi klu x cuba...

PS: Resepi nak kena tny mak dulu...hehehe...

Tuesday, August 28, 2012

Cerita Raya Kami... Din & Pah Sekeluarga

Assalamualaikum... Sebelum ni entry raya yg agak emo..and now I write the good mood entry raya...

Din & Pah Sekeluarga beraya...

Sehari sebelum raya 2012:

Cat mengecat dah settle, walaupun ada yg x puas hati sal warna yg dipilih.. tapi x pa... next raya boleh tukar...
Agenda pepagi sesudah subuh, of course kuar membeli aka berebut daging + ayam kat pasar.. kat kedah org akan panggil hari ni hari menyembelih.. cause banyak lembu, kambing, kerbau, and x terkecuali ayam, itik disembelih... and keluarga kami akan pergi awal2 pagi kat pasar untuk beli daging2 yg fresh untuk dibuat gulai daging, rendang, and serunding. This time Long Pah buat serunding ayam awai...so x yah nak berebut ayam sangat..just focus kat daging lembu...
I dah bg tau awai2... semua masakan kena siap sebelum pagi raya sebab I nak I family pegi solat sunat hari raya...

ok. Back to the story, balik je dari pasar, perkara utama Long Pah akan buat or akan suruh I and kakak I buat is basuh beras pulut untuk buat ketupat... nak basuh beras nie pun ada caranya.. kena basuh sampai air basuhan tu jernih, klu x Long pah kata nanti ketupat tu cepat basi.
Aktiviti  memasak hari terakhir ramadan ni majoriti dilakukan oleh org2 pompuan keluarga Long Din and Long Pah...
My Dad aka Long Din akan bantu dari segi, kait buah nyok, kupas and tolong belahkan untuk diperah jadi santan. and also not forget to buy the beras fitrah to give to org yg memerlukan ... other aktiviti is to maintain our house surrounding kemas n teratur... and of course usually Long Din will be assist by my lovely younger sister, Cik Gee.

Once everything done it my job to wash all the baju raya and iron it... (which it is the most difficult during this year raya: see previous entry)

Malam Raya 2012.

Aktiviti utama, bertakbir raya bersama2 even x pergi terawih atas sebab2 tertentu.. selesai bertakbir... agenda seterusnya ialah main mercun... hehehe... suasana malam raya umpama di medan perang...berdentum2 bunyi mercun... harap x dak yg putus jari laa...

Lepas tu usually tahun2 lepas, kami akan pakai inai except my dad... but this year pokok inai kurang subur n tambahan pula kami agak malas nak prepare... so this year no inai for us...

Pagi Raya yang hening

Bangun awal, Long Pah kata dia pening kepala, memusing so bangun picit2 kepala Long Pah. nie mesti penat memasak n rasa ketupat semalam. Long Pah ok lepas picit2 kepala sket... then of course I pegi mandi sunat hari raya and solat subuh sekali...
Pagi ni x pakai baju raya lagi..cuma pakai baju simple2 tuk sambung masak and plan nak p solat raya... namun, plan hanya tingal plan bila akak I x jadi pegi, Long Din plak dah memecut awal2 lg...ke surau...

Sebelum Long Din ke surau, sesi salam meyalam dan memohon maaf di lakukan... hikhik.. skema lak... ada pic..tp can't share here (x pakai tudung)

after that sambung panaskan kuah laksa and other gulai, rendang n serunding yg telah siap dimasak...
then of course layan bebudak yg datang...even x mau masuk rumah pun... just datang, bagi salam kuat2 then tercegat kat depan pintu... bila tanya x nak masuk ke? sumer geleng... bagi jer duit raya terus cabut...hihihi..
teringat lak raya masa I bebudak dulu..

range dalam kul 12 to 4 giliran mak ayah n mak cik pak cik lak datang melawat... penat oooo... then baru tesedar x siap lg nak p beraya pulak... tergopoh gapah mandi sekali lg, solat zohor n pakai baju raya.... tunggu semua makcik n pakcik sebelah Long Pah mai..then convoi to kubur..nak baca yassin kat kubur..

after that sambung beraya..now turn keluarga long Pah and Long Din pulak nak beraya ke rumah orang...even dah hampir pukul 5 ptg... raya tetap diteruskan... hehe...

Begitu lah hari raya saya....this year... anda bagaimana? Best? Seronok? atau sebaliknya...

Sila lah layan picas2 terpilih nie...

Happy birthday Syawal.. Tunggu kek ke tu?

Penat beraya nampak.. Dapat duit raya x?

gambar raya bersama Tok Lang

Gambar Raya Bersama Tok Lang

Long din di hari raya ketiga... 
PS: Ce citer sket....

Wednesday, August 22, 2012

HAri Raya 1433H, Back to Basic

Selamat Hari Raya Semua....

I just wanna to share something about my raya celebration....
It like we celebrate hari raya in the past...

it started.... air bertekanan rendah bermula dari hari sebelum raya hingga ke harini... nak basuh pinggan, baju raya, mop lantai semua tergendala...dan menyusahkan...

it make it worst when electricty was cut during Hari Raya itself. Dah la tengah rembang yg panas tu... boleh plak g putus bekalan letrik.. Ini la dalam sejarah sejak bertukar pemerintahan kerajaan negeri... menyusahkan...  even untuk mengekal bekalan air dan letrik yg basic untuk sehari pun x boleh.... Kesian kat tetamu yg datang dengan baju lawa2 tp bila masuk umah x dak kipas.... berpeluh....

tu je aku nak komen... yg lain korang pandai2 le pikir sendiri... tu ada hati nak memerintah... negara berkebajikan konon...ceh...




Wednesday, August 15, 2012

Lampu lip lap Vs pelita minyak gas...

Lampu Lip Lap: LLL
Pelita Minyak Gas:PMG

situasi di kampung ketika 5 hari terakhir Ramadan. Malam tidak tenang seperti malam-malam bulan lain.

LLL: Hai pelita... aku tgk sekarang ni.. org kampung ni suka pasang kaum aku dari kaum kau kan? Kau nak tau kenapa x...

PMG: Huh!.. Ha kenapa?

LLL: Ada banyak kebaikan nya tau x.. aku boleh tukar2 warna, tukar timing kelip2, boleh buat design macam2... Ko apa ada... kalau hujan ko padam, minyak habis pun ko padam..hihihi... nampak gayanya org kampung nie akan sentiasa guna kaum aku untuk memeriahkan lagi malam-malam terakhir ramadan.. kau akan outdated la pelita...

PMG : Oh.. Ye ke? aku x kesah... lg pun aku suka, sebab masa aku padam tu la aku boleh buat aktiviti lain.. bukan macam ko...kena stay static jer buat kerja...hahaha...
Lagipun, malam2 terakhir nie la aku dapat memperbanyak ibadat ...

LLL: Erk?

Bunyi mercun bola dan mercun telor naga saling sahut menyahut, terus berdentum-dentam memecah kesunyian malam-malam terakhir ramadan. Melenyapkan kebisuan Lampu Lip Lap dalam bermegah dengan Pelita Minyak Gas.

LLL from Mr Google

PMG from Mr Google



PS: Mood nak balik kampung pasang pelita, sampai termimpi2 malam tadi.

Friday, August 3, 2012

Gadis Bertudung Biru- Step 1

Sumber Gambar : Deviant Art

Angin sepoi-sepoi bahasa menerjah ke wajah gadis bertudung biru itu. Gadis itu membetulkan tudungnya. Tangannya memegang erat sesuatu.
Setiap petang kelihatan gadis bertudung biru itu sentiasa ada dibawah pohon rendang ini. kadang-kadang duduk dibuaian, kadang-kadang bersandar pada pohon pokok rendang. Seperti menunggu sesuatu. Atau menunggu seseorang? Pada setiap kali melihat gadis bertudung biru itu, ingin sekali aku menyapa. Tetapi langkahku seakan berat untuk menghampirinya. Raut wajahnya penuh pengharapan.

Masa berlalu.
Petang itu aku beriadah seperti biasa. Kebiasaanya aku akan melalui pohon rendang itu. Namun kali ini, terasa janggal. Hanya pohon rendang dan buaian sepi yang kelihatan. Kelibat gadis bertudung biru tiada. Aku menghampiri pohon itu. Mata ku tertarik untuk melihat ukiran di batang pohon rendang itu. Sangat jelas.
Emelda Aisya & Aisya Esma.  Aku duduk di buaian dan menghayun buaian perlahan-lahan. Mata ku terlihat tanah ditepi akar pohon tersebut seperti baru digali, betul-betul dibawah ukiran pada batang pohon itu. Aku bangun dan menghampiri. Mengali-gali sehingga kelihatan sebuah kotak kecil yang usang. Kotak itu dikeluarkan dan dibuka. Seutas rantai perak bersama suatu ukiran seperti bentuk sebelah hati yang retak. Terukir disitu nama Emelda Aisya. Aku beranggapan mungkin inilah yang dipegang erat oleh gadis tudung biru itu.

Terdapat juga sepucuk surat dan sekeping gambar lama, yang memaparkan 2 kanak-kanak seiras, berambut perang kekuningan, bermata biru kehijauan. Gambar itu berlatar di tempat pohon rendang itu juga.  Jelas kelihatan mereka memakai rantai yang serupa. Aku pasti mereka ialah Emelda Aisya dan Aisya Esma.

Tetapi aku tertanya-tanya. Kemana perginya gadis bertudung biru itu hari ini.

Thursday, August 2, 2012

Kuih Raya Idaman- Kenangan lalu mengusik jiwa

Assalamualaikum,
Uiihhhh... Tengok tajuk  macam best jer kan...

Sebenarnya nak bercerita pasal kuih raya. Kan sekarang ni mak cik2, kakak2 dan adik2 sibuk dok buat kuih raya. Iye ke buatnye? ke pakai tunjuk jer kat katalog kuih or yg lg advance order kat fb?

Hehehehe...

Ramadan dan syawal pada mata aku sebenarnya membuka banyak peluang untuk kita merapatkan hubungan persaudaraan dikalangan kita. Pada masa ni la, semangat nak balik kampung jumpa famili, mak ayah, atuk nenek dan sepupu sepapat kan?

Eh lari tajuk... Nak citer pengalaman buat kuih raya sebenarnya...

Dulu:
Masa aku sekolah rendah & menengah sebelum dok asrama. Penghujung ramadan memang dimaanfaatkan sepenuhnya oleh kami...iaitu aku dan kakak untuk buat kuih raya. Dulu-dulu kuih order or tunjuk-tunjuk nie kurang popular... kerepek pun belum popular... nak tau kenapa? sebab.. klu org yg datang masa raya tu nanti mesti nye akan tanya kuih nie buat ke beli... so boleh la nanti kami dengan bangga nya cakap... Eh..buat la..mana aci beli2 nie.. x sedap....

Pernah sekali tu..aku & akak bukak bisnes jual kuih raya.. tau kenapa? sebab nak cari duit lebih sepasal dan juga sebab org minta...kuih tart nenas yang paling popular.. (Which means sedap la kuih raya kami...hihi) bisnes nie bertahan setahun jer... sebab klu x salah, aku dah masuk asrama tahun lepas tu..so akak aku x de assistant...

Tahun-tahun lepas tu..kuih tunjuk dan order dah makin popular...tambah2 dengan kemunculan kerepek-kerepek yang pelbagai jenis dan rupa...

So, kami pun...setelah semakin dewasa dan bekerjaya, masa banyak dihabiskan untuk kerja dan aktiviti lain.. setiap ramadan akak aku akan tanya... nak buat kuih raya dak tahun nie...dan of course la, aku ni..yang jauh diperantauan (Ceh! KL jer pun) cakap " X kut. x sempat nak balik buat."

Tapi semakin kepenghujung ramadan ini.. mengingatkan aku kembali akan keseronokan membuat kuih raya sendiri.

Semakin aku mengimbau kembali kenangan raya... sudah pasti akan terkenangkan atuk dan nenek dari kedua belah pihak... Raya kami tidak akan sehambar ini jika mereka masih ada...
 Al-Fatihah untuk mereka....





Monday, July 23, 2012

Memory Ramadan Dulu2

Salam...Sempena ramadan yang telah membuka tirainya hari sabtu lepas... terselak kembali buku-buku kenangan lampau sewaktu tok wan dan tok chaq masih ada...
 Walaupun kadang2 kenangan itu .. tidak diingati sepenuhnya...

Dulu... Umah tok chaq and tok wan sebelah jer ngan umah mak ayah aku... Tok Chaq selalu buat kuih muih untuk berbuka... dan mak pulak akan masak lauk pauk... sesi tukar menukar makanan menjadi amalan biasa.... Aku selalu tengok aka kacau tok aku buat kuih... seronok tgk org buat kuih ala2 tradisional gitu..tapi sayang... resepi dan cara2 nak buat kuih tu ...aku x ingat... mungkin boleh tanya mak  nanti...mungkin mak tau...

Mak akan keluarkan gelas khas yang digunakan untuk bulan puasa... gelas ni hanya akan digunakan untuk bulan ni saja... sebab dia lebih tinggi dan sesuai untuk dihidangkan air sejuk dan panas...

 Sekarang ni...bila dah hidup sendiri...di hutan batu nie... kadang2 memori ini datang mengamit... membawa bersama rindu kepada mereka...
Al-Fatihah untuk arwah Tok Wan, Tok Wan Jaih, Tok Chaq dan Tok Ah...Semoga mereka ditempatkan di kalangan org2 yang beriman.

Aku tahu... Mati itu pasti... Itu janji Allah S.W.T.... kepada setiap insan di dunia ini... aku redha...


Wednesday, July 18, 2012

Manusia KL

Gelagat manusia.. kadang aku sendiri pun tidak mengerti... aku suka memerhati... walaupun kerja ku setiap hari jarang bertemu dengan masyarakat cuma sekali sekala melangkah keluar dari office bertemu doktor/client...
Dapat ku lihat kerenah dan gelagat manusia di sekeliling ketika menunggu teksi, bas serta ketika berada dalam LRT...
Pengangkutan awam menjadi teman setia ketika berada di KL ni... tiada kesimpulan yang dapat ku buat kerana setiap manusia berbeza...

Sebagai contoh...
1. LRT
 >> sering kali aku melihat ibu bapa membawa anak2 yang masih kecil berjalan-jalan mahupun bershopping .. Pada aku...tidak salah hendak membawa mereka...tetapi haruslah pandai menjaga mereka ketika keadaan LRT yang penuh sesak.... sering berlaku apabila kanak2 ini menangis menjerit2 kerana  rimas dengan keadaan LRT ini... kepada sesiapa yang sering menggunakan LRT ketika waktu puncak akan mengerti bagaimana padatnya LRT ini dengan manusia2... kembali kepada kanak2 yang menangis tadi...keadaan di dalam LRT itu menjadi bertambah tidak selesa dengan pencemaran bunyi...

2. Teksi
>> Menunggu teksi memang menyeksakan...tambahan jika teksi yang ditunggu itu di ambil org lain..
situasi ini sering berlaku apa bila hari hujan...kebanyakan manusia akan menggunakan teksi... maka line-up untuk teksi juga amatlah panjang... kadang2 aku pelik ... bagaikan dia tidak nampak org yang menahan sabar beratur...dengan sesuka hatinya memotong barisan...

3. Bas
>> Menunggu bas lagi lah seksa... bertambah dengan bas yang dikehendaki tidak muncul mengikut masa...
sakit hati bertambah apabila bas lain dah 2-3 kali datang...


sekarang kebanyakkan pengguna pangangkutan awam ini adalah warga asing, samada yang halal mahupun haram... kadang2 rimas melihat gelagat mereka2 ini...seolah2 berada di negara sendiri... meludah merata2... berebut2 menaiki bas...

Monday, July 16, 2012

twisted Mind

Kata ku: Saya nak jadi ahli forensic..
Suara 1: tak boleh.. nanti tak dak masa untuk family.
Suara 2: Anda tidak layak mengikuti kursus forensic.
Suara 3: Eiii.. ko x takut ke dengan mayat... kerja tu kotor la...
My Mind: Setting that I could never be ...
My Heart : Still eagerly believe I can! Denial..

Kata ku: I want to enter genetics course
suara 1: itu hanya untuk orang pointer tinggi-tinggi je..
Suara 2: Anda ditawarkan pengkhususan  Bioinformatik
Suara 3: Boleh tukar pengkhususan, tapi banyak procedure, baik x payah jer..
Suara 4:Genetics susah la....
My Mind: Setting that bioinformatic telah ditakdirkan untukku...
My Heart: still wanting to graduate in Genetics, walaupun aku tahu ia tak mungkin terjadi...

Kata ku: Aku suka Azra...
Suara 1: Eh dia suka orang lain la...
Suara 2: Hang gemuk ... x padan dengan dia
Suara 3: Alah dia baik dengan hang sebab nak rapat ngan kawan baek hang..
My Mind: Forgeting Azra, since he is not here anymore...
My Heart: I wish I could tell him that I loved him... regreting

Kata ku: aku nak bawa kereta kat KL
Suara 1: isk..hang x cekap lagi... bawa la kat kampung dulu...
Suara 2: Kumpui duit dulu...hang boleh ka nak tanggung minyak reta nie..
Suara 3: Nak bawa reta p KL mesti ada kurang2 RM 1000 lam poket...kut2 la jadi apa2 kot tengah jalan...
My Mind: Believe that I'm not cekap bawa kereta...
My Heart: Insist to bring my car to KL. feel it will make me easy to go to work and it more effective that way..

Senario di atas merupakan realiti... choices yg telah aku pilih dalam hidup... Suara-suara itu...merupakan pandangan dan pendapat orang2 sekeliling aku... kebanyakannya  bagi aku berunsur negatif... 


Banyak lagi senario-senario begini dalam kehidupan ku...cuma ini yang aku rasa yang terbesar yang masih menghantui aku..

Aku tahu x elok merungut, x elok mengungkit... tapi apa lagi yang perlu aku lakukan untuk melepaskan ia pergi... kerana aku tahu aku pernah ada peluang untuk kecapinya...tetapi hanya kerana suara2 itu, sedikit sebanyak mempengaruhi pilihan aku...

Aku tidak salahkan sesiapa... aku yang bersalah..kerna aku gagal memilih yang terbaik...aku gagal untuk tetap teguh dengan keputusan ku...

Saban hari aku berdoa, agar diberi kelapangan hati agar aku dapat redha dengan pilihan ku sendiri...



Monday, July 9, 2012

Jualan Tudung Raya (Bawal Sulam Tangan)

Hi dearest follower and friends...


Ada sesiapa berminat nak beli tudung raya?

Tudung Bawal sulam tangan...

Contoh warna seperti gambar di bawah.. 

Untuk keterangan lanjut sila visit Here..

PS: Tolong promosi untuk my sister..hehehe...

Sunday, July 8, 2012

Mood Emo Datang Lagi!!

Hmm.. Seperti tajuk yang tertulis... mood aku bertukar lagi... and again..emo... not a good mood to start this week!

Saat kelam meliputi diri..ku berharap cahaya hati ini mampu mengalahkan kegelapan itu...
Namun kegelapan itu tidak putus2 berusaha mengelapkan ku...
Pohon ku... Ya Allah... terbitkan lah rasa ikhlas dalam diri ku ini...
dalam setiap pekerjaan ku...

~Princesseira~
Ampang 2012

PS: I need to be confident to be a good example to my junior..

Saturday, June 30, 2012

Pengakhiran Sebuah Ceritera Cinta Abadi Part 2

Alhamdulillah...
Akhirnya selamat menghabiskan Novel Sunan Musafir....

Ending yang x dapat dijangka... takut lak nak review ending cter nie kat sini... bila la ia menjadi suspens untuk pembaca2 diluar sana.. klu reveal nanti dah x suspens nak baca ...hehehe

To Syaz, kamu sudah boleh pinjam novel ini... nanti sila bgtau bila kamu mahu ambik ye....

K..

Just a simple update.

Thursday, June 28, 2012

Pengakhiran Sebuah Ceritera Cinta Abadi- part 1

Wah2x...  hebatnya tajuk..

Sebenarnya nak bagitau yg kita dah beli novel terbaru Ramlee Awang Murshid ~ Sunan Musafir~..
Beli semalam... Sebenarnya dah lama ternanti-nanti akan novel ni...

Novel terakhir untuk siri2 sebelum ni. iaitu:

  1. Bagaikan Puteri - novel nie je x de dlm koleksi.
  2. Cinta Sang Ratu
  3. Hijab Sang Pencinta
  4. Cinta Sufi
  5. Sutera Bidadari
  6. Sunan Musafir
Novel2 dari No 2 - 6.. semuanya ada... 

Sunan Musafir belum diterokai sepenuhnya, terbatas dengan waktu bekerja dan tidur... Mungkin tersalah masa membelinya...sepatutnya saya membelinya esok...agar dapat dihabiskan penerokaan terakhir bersama Sunan ini sekali gus.... biar bersengkang mata...asalkan saya menemui noktah nya ingin disampaikan.. 

Sekarang saya sudah tidak sabar hendak meneruskan pengembaraan sunan... namun tanggungjawab itu lebih penting...

Ceritera Sunan sejak dari awal telah mengubah persepsi saya kehidupan...membolehkan saya melihat kehidupan ini melalui pandangan yang berbeza dari sebelum ini....
" bersangka baik itu baik, tetapi bersangka baik dengan bersiap sedia itu lebih baik."

Saya kagum dengan novelist ini kerana ideanya, perinciannya, plotnya, seaakan-akan hidup dan pembaca seakan-akan mengembara bersama-sama Sunan.

Ingin sekali melihat Ceritera Sunan ini difilemkan, dan berharap agar filem itu tidak ditokok tambah serta membuang sesetengah event dalam Ceritera ini. Sepertimana yang sering dilakukan masakini apabila sesebuah filem itu diadaptasikan dari sesebuah novel. 

Untuk kesudahan Novel Sunan Musafir ini, noktahnya pasti Mati... tapi bagaimana, itu yg saya akan teroka malam ini... Berharap dengan izin Yang Maha Kuasa saya dapat menghabiskan pembacaan malam ini...

akan saya ulas novel ini untuk entri seterusnya....

PS: Mood sedih.... :-(

Tuesday, June 26, 2012

Musim Buah, Dusun Tok Wan dan Buah Durian

Salam Dearest friends and readers... hope all of you happy as always...

Tahukah anda, bulan 6,7 adalah bulan yang ditunggu oleh pengemar buah-buahan tempatan... betol kan?
ini termasuklah aku... my faveret fruit is durian dan manggis..

Dulu, masa arwah tok wan and tok chaq ada, musim buah lah yg paling ditunggu2... nak tau kenapa?
Sebab kami akan pergi ke dusun mengutip hasilnya...best wooo... ada manggis, rambutan, langsat, cempedak, and especially durian... durian kegemaran namanya durian abu... buah dia kecik2... rasanya manis-manis pahit sket...fuh... nie kalau kena yg fresh baru amik dari bawah pokok memang best...sehingga menjilat jari ....

Back to the story, sebelum kami pergi ke dusun buat pertama kalinya setiap tahun... tokwan and tok chaq akan membuat beberapa persediaan, iaitu...

  1. membuat sarung cempedak dari daun kelapa - ni aku da blajar sket2... aktiviti ni akan dimulakan 2-3 minggu sebelum hari ke dusun kerana sarung ini perlu dijemur untuk memastikan ianya kering dan tidak beratkan buah cempedak.
  2. menyediakan sarung pengait buah... disediakan awal2... samaada yang cakok [berbentuk seperti no 7] ataupun yang ada net. selalunya kami panggil galah cakok. ianya digunakan untuk mengait buah manggis terutamanya... batang galah ini akan diambil di dusun nanti...iaitu buluh...ada yang panjang dan juga pendek...
  3. makanan- ianya disediakn pada malam ataupun pagi hari yang telah ditetapkan ke dusun... contohnya nasi, lauk -pauk atau mihun... makanan akan bertambah sekiranya keluarga mak cik2 dan pak cik2 datang sekali.
  4. tebas rumput dusun - selalunya 3-4 hari sebelum tarikh yang ditetapkan, ayah, tok wan dan kadang2 aku akan ke dusun untuk menebas segala rumput2 yang tumbuh meliar agar nanti bila sekeluarga datang x de la semak sangat dan tiada gangguan mahkluk yang berbahaya.
  5. mengumpul plastik2 besar atau karung gula untuk mengisi hasil dusun nanti...




 picas thanks to deviant art and Mr Google

aktiviti2 yang sering dilakukan di dusun...



  1. oleh kerana dusun kami tanahnya berpasir, masa kecik2 dulu aku dan adik beradik selalu main pasir kat situ.. korek-korek dan buat macam2 bentuk.. ini kerana mak ayah kami x bagi kami pergi kutip @ kait buah sama sebab kami kecik lagi...
  2. berkelah sambil makan-makan - setelah penat mengait mengutip hasil dusun, kami akan berehat dan menjamu selera dengan bekalan yang ada. dulu ada sebuah pondok di dusun, pondok ini untuk kami bermalam tunggu durian jatuh... ia juga tempat menyalin pakaian serta tido...heehehe... makanan kami lebih menyelerakan sebab terdapat ulam-ulaman yang segar yg dikutip di dusun...
  3. kait buah manggis - dulu hanya mak, ayah, tok wan dan tok chaq saja yang p kutip n kait.. masa aku sekolah rendah aku dah start panjat pokok manggis dan kait buah dari atas pokok...Best WOOO.... aku dan kakak akan berlumba sapa naik pokok paling cepat...hehehe...
  4. aktiviti mengutip buah durian - ni aktiviti pertama yang dilakukan apabila sampai dusun... macam main game cari benda tersembunyi...hehehe...
  5. Mandi Sungai-- aktiviti paling best dan yang ditunggu2... kat tepi tanah dusun kami ada sebuah sungai yang mengalir dari puncak Gunung Jerai, air dia kadang2 dalam dan kadang2 cetek... ada ikan 2 kecil dan batu sungai yang pelbagai bentuk.. kat situ lah kami selalu mandi beramai2...
  6. menjual hasil dusun terutamanya manggis - hasil lumayan dan akan dikongsi samarata...


dan macam2 lagi aktiviti yang kami lakukan...

lebih kurang macam ni sungainya...

Tapi sayang, sejak tok wan dan tok chaq meninggal dunia... dusun sudah tidak terjaga..hasilnya juga semakin kurang...buah feveret aku pun dah x da lagi...

kalau nak makan durian...kena lah beli sekarang nie... haish...kat pasaran selalunya durian kawin...x sesedap durian kampung...

rindunya nak pegi dusun macam dulu....

PS: bila nak balik kg nie..nak melawat dusun la....rindu...al-fatihah tuk Tok Wan Din, Tok Chaq, Tok Wan Jaih dan Tok Ah. Semoga ruh mereka dicucuri rahmat Allah...

Tuesday, June 19, 2012

Double Layer Felt Flower

Hi There...
Just a simple update...
Presenting the Craft result during my weekend...

1. Double layer Felt Flower.
 

2. Other designs.

 


I'm thinking....this flower if arrange together and put some cute stuff...can it be a beautiful hand bouquet, hantaran deco, and many others? 
Currently, I'm looking out for nice, cute, and simple buttons to complete my design...
and to jiha... Kalau nak belajar nanti saya buatkan tutorial nyer ye...and kalau nak lagi paham..leh ler singgah umah... Hihihihi...


PS: Klu jual nie..rasanya ada org nak x?? 

Sunday, June 17, 2012

Cahaya

Tercari-cari cahaya Ilahi ... Cahaya terang namun dimata gelap gulita... Apatah lagi di hati... Ku serahkan sepenuhnya pada yg Maha mengetahui... Sinari hati-hati kami dengan sinar Mu Ya Allah... Ingin ku gapai bintang impian di langit masa depan... Sayang sekali tangan x sampai... Adakah bintang itu bukan milikku?? Princesseira Ampang-2012

Monday, June 11, 2012

Cerita Dulu-Dulu [Hujan pagi hari & nak kesekolah]-Happy Father's Day En. Jamaluddin!!

Dulu...Masa aku sekolah rendah. Tiap-tiap pagi ayah akan hantar aku dan kakak ke sekolah. Tak pernah miss.    Langsung x bagi kami p sekolah sendiri. Tapi sekolah petang ja ayah bagi naik gerek. tu pun kalau balik lambat mesti dia p turut punya.

Ni nak cter kesah dan pengalaman aku masa kecik dulu yang masih beri kesan pada aku bila teringat balik. Masa tu ayah hanya ada motosikal kalau x salah. X beli keta la...Madza putih dulu tu pun x dak lagi...Rasanya la...dah makin tua ni makin lupa kenangan dulu. tu yang nak kena tulis ni... Back to the story..
Macam biasa la... cuaca x semestinya cerah selalu. Ada kala panas, mendung, hujan lebat. benda ni jadi selalunya pada musim tengkujuh...musim hujan kat kedah..kalau rintik-rintik tu x pa lagi buleh redah buat selamber ja... tiap kali hujan lebat di pagi hari..kami x dak pilihan lain selain pakai baju hujan...kelubung naik moto ke sekolah... ayah hantar... basah tu for sure tapi x lah lencun sangat...nanti buleh kering kat sekolah.. yang pasti ayah yang akan basah kuyup sebab dia kena hantar aku kat SKD kemudian hantar akak aku kat SMSL. dua-dua sekolah nie berada di arah yang bertentangan... aku tak ingat apa perasan aku waktu tu... rasa2nya aku teringin nak pi sekolah naik keta... Tapi walau serba kekurangan dulu aku rasa aku bahagia.. Sampai sekarang kalau aku nampak ada org naik moto bawa anak2 dalam hujan aku akan teringat kesah aku sendiri. sayu ja rasa hati... ayah aku sanggup basah nak bagi anak-anak dia ilmu... tapi waktu tu aku x sedar pun...UPSR pun x score..
 Ayah selalu kata " Ayah x dak apa2 nak bagi kat hangpa adik beradik, ayah hanya mampu bagi hangpa pi sekolah cari ilmu..tu ja..ayah bukan ada tanah berelung nak bagi..hangpa belajar la bersungguh-sungguh"

Ayah...Maafkan segala kesalahan chek dari chek kecik sampai la besar macam sekarang nie....  Jasa dan pengorbanan mu amat chek hargai hingga kini.. Chek tau, chek x pandai nak luahkan perasaan dengan kata-kata...dari dulu lagi..mak dan ayah pun tau..bila chek x puas hati ka...nak wish pa2 ka..selalu akan ada surat tiba2 jatuh dan kad yang dipos...kan...hehehe....

Sebenarnya aku x sedar aku menulis kerana apa...then tetiba teringat...rupanya Father's day dah hampir tiba... Rupanya aku nak wish Father's Day tanpa sedar...

Apa-apa pun...Ayah, kaulah Hero ku dulu, kini dan selamanya... Selamat Hari Bapa...!!  :-)

credit to Mr Google for the pic

PS: Rindu Kg!!!

Sleepless Night!!

salam senin semua... what a tired morning to wake on... malam tadi aku rasa macam tak tidor langsung... bukan sebab EURO dan juga bukan sebab CAROLINE menang MENTOR 6.

Pernahkah berlaku pada anda-anda pembaca ku sekalian... yang anda rungsing tapi tidak tahu apa yang dirungsingkan... anda pening tetapi tidak tahu kenapa mesti pening... adoyai...berat sudah penyakit ini...

Adakah disebabkan bendera merah? mungkin... tapi sebelum ni tak macam nie pun...

Tenang lah hati...tenanglah minda... biarkan saya tidor dengan nyenyak malam nie ya...

Yang peliknya... aku rasa aku x tidor tapi camner leh mimpi dikejar org pulak... 

thanks to deviant art for the image

Tuesday, June 5, 2012

Hari Bahagia Teman2 dan Cousin

huh! Penat terasa berulang alik KL--> Kedah-->  KL for 2 weekends berturut2... dekat nak patah pinggang dok dalam bas....

hihi...
First trip was speacially for my best friend from SKD, Hana Nasrina Baharuddin and Zaidi... A lovely & sweet couple of the day and a congratulation to my teacher Pn Aina kerana menerima menantu sulong... A lot of love and best wishes for this couple, and hoping this relationship that was build in Trust and Love will still kukuh sehingga ke Syurga...

The second trip was also for my cousin Norehan and Zulkifli wedding ceremony and reception...A sweet couple of the day and also congratulations to my uncle ad auntie, En Che Mee and Pn Fatimah for receiving one and only son in law (menantu lelaki) in their family... Hope the ties that was build that day will forever be together till the end..


Dan tidak lupa kepada pasangan2 pengantin baru
1. Nur Izzati dan pasangan
2. Dalila dan Saiful
3. Adilah dan pasangan
4. Nisa dan pasangan
5. Nur Faridatul Akma dan pasangan

Sorry Guys...I can't make it to your wedding.. I wish for all of you a good start in your new life and semoga pertalian dan perhubungan yang dibina di atas dasar kepercayaan dan cinta akan kekal kukuh untuk selamanya hingga syurga....

And of course soklan cepumas bila menghadiri majlis-majlis kawin nie
" Kamu bila lagi? Dah ada calon ka?"

Hmmm and the commonest answers I can provide is " Entahlah... " hihihii....

by the end of the day... in the car after balik wedding cousin... My Ayah say....
" La ni org dok tunggu kita pulak, bila kenduri umah kita"
then I replied " Ha...yg org dok tunggu-tunggu sangat tu la yang lambat sekali nak jadi....hehehe..betoi dak?

Then everybody in the car smile and my sister and I gelak kuat2...hehehe...


PS: Sometimes feel terribly afraid to change status....

Monday, May 28, 2012

Perubahan aka Changes! [useless]

Salam... I'm feeling a bit useless right now....

Causes:
1. Feel no changes in my life - apa org cakap still at same level.
2. Negative comments why I don't drive my car
3. feel a bit left out/left behind from my colleagues just because I was outsourced to other company which I suppose to learn more and has more projects... I feel they has learn so many things that I suppose to learn and do... and they got more privilege than me... more allowance and training...
4. I'm still not own anything yet..except from my car ... even I can't buy my own notebook...
5. no improvement at all... in term of academic -[ Hope to further studies, but a lot of challenges to overcome for that]

I've my own reason why I don't drive my car here accept from I'm not confident... but it was not easy to explain to everyone... it even harder to tell myself not to say so..

Thinking of my age now, this is not what I dreamed 10 years ago... it is not!!
Talking about age, is it to late for me to change now? is it to late for me to start all over again..to get what I want?
Some people will advise:
" x semestinya apa yang kita mahukan adalah yang terbaik untuk kita" 

but why I not feel ease with my current situations? If this the best for me I should feel happy... right?


PS: sorry to being so emo for this entry... :-(

Thursday, May 17, 2012

Gelap Kehidupan mencari Cahaya Illahi

Ku buka mata....Gelap..
meraba -raba dalam kegelapan...
mencari-cari sinar Illahi...
alam hakikatnya terang bercahaya....
namun kosong, hitam dimataku
apatah lagi dihati...

Hidayah Mu tuhan seterang-terang cahaya...
menyinari hati-hati insan yang masih bergelumang dalam kegelapan...
Hanya Kau Yang Maha Mengetahui...
sinarilah hati-hati kami dengan sinar petunjuk dan hidayah-Mu ..Allah...
...
Hidup dalam buta mata malah buta hati...
tidak kemana-mana...

Celik kan kami dengan ayat-ayat al-quran
Bersihkan kami dengan kalimah-kalimah pujian Mu...
Lindungi kami dengan kekuasaan Mu...
tunjukkan kami cahaya agar senantiasa tetap dan lurus dijalan-Mu..

Dalam gelap kami memohon cahaya....
Dalam terang kami memuja keindahan...

Takala kesepian merasuk jiwa... Ingatlah bahawa Allah itu ada dan mencukupi segalanya...

Princesseira ~
>17th May 2012<

Wednesday, April 25, 2012

Some funny and awesome pic!!

Just wanted to share some funny and awesome pic taken from 9gag.com;



that all..hehe..

Wednesday, April 18, 2012

Stress x tentu hala...

hahaha... Sungguh lama x post dalam nie... sejak2 project dah initiate nie macam2 jer issue...
haish... nak bersosial pun susah.. apatah lagi nak refresh cara bawa keta....

alamatnya my Tiggo x jejak lg kaki kat KL bersama aku... even sebelum nie mmg dia kat KL...tp dgn aku jer belom...

uiks..apa merepak nie...

Hmmm...Ok la.... just to update that...will try to find some time to write again..

Monday, March 12, 2012

Post from my new gadget ..

Hai.. Lama x buat entri... Hehehe..

Finaly I got my IPad...hahaha... N this entry is written using it...

Ok.. That just my update...

Currently to busy preparing my SIV... at 3 sites.... Fuh...

Penat cek!


Ok..that all first...

Ps: rasa janggal lak menaip guna IPad nie....hihihi...

Sunday, February 19, 2012

Berjalan Mencari Cinta..

Berbaloikah...??
Yang digengam dilepaskan, yang dikunyah diluahkan,
demi mencari sebuah Bahagia yang masih dalam angan2...
Berbaloikah...??
Menolak peluang yang datang, demi menunggu panggilan impian?
haruskah aku melepaskan mu untuk melihat dunia dari kaca mata sendiri....
membiarkan mu berlalu dengan harapan ada yang lain??

yakinkah aku dia bukan tercipta untukku??


Cerita mengenai pencarian Cinta dan erti perkahwinan...
>>>

Seorang pelajar bertanya seorang guru falsafahnya mengenai cinta dan perkahwinan..

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: Pergilah kamu ke sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting gandum yang kamu dapati ianya sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: itu lah cinta...

beberapa hari kemudian,
Pelajar Bertanya lagi: apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......


hmmmm.... sekadar berkongsi....

Monday, January 16, 2012

Hobby Baru~~~

Hahaha... skang I dah ada hobby baru...that is Crafting using felt...
macam2 dah buat

1. angry bird
2. flower
3. kura-kura
4. love keychain

skang hanya ada picture for love keychain ..tu pun not a good quality pic...
biasa la guna phone cikai ja...
hahaha.....


Belakang

Depan
hehehe...cantik x?

PS: Klu x cantik x mau kawan....hehehe

Tuesday, January 3, 2012

Nyet-Nyet & Abg Panda

Pada suatu petang yg hening....
 
Abg Pandaman Slalu bawa nyet-nyet jalan2… Jgn jeles TAU…. Banyak kitty jeles kat nyet-nyet sbb abg Pandaman x bawa depa pi jejalan
-
-
-
-


 -
-
-
-

-
-
-
-
-

 
 -
-
-
-

-
-
-
    Baik Kan Abg panda… So Sekarang percaya ke saya kawan baik abg panda?