Pages

Monday, July 23, 2012

Memory Ramadan Dulu2

Salam...Sempena ramadan yang telah membuka tirainya hari sabtu lepas... terselak kembali buku-buku kenangan lampau sewaktu tok wan dan tok chaq masih ada...
 Walaupun kadang2 kenangan itu .. tidak diingati sepenuhnya...

Dulu... Umah tok chaq and tok wan sebelah jer ngan umah mak ayah aku... Tok Chaq selalu buat kuih muih untuk berbuka... dan mak pulak akan masak lauk pauk... sesi tukar menukar makanan menjadi amalan biasa.... Aku selalu tengok aka kacau tok aku buat kuih... seronok tgk org buat kuih ala2 tradisional gitu..tapi sayang... resepi dan cara2 nak buat kuih tu ...aku x ingat... mungkin boleh tanya mak  nanti...mungkin mak tau...

Mak akan keluarkan gelas khas yang digunakan untuk bulan puasa... gelas ni hanya akan digunakan untuk bulan ni saja... sebab dia lebih tinggi dan sesuai untuk dihidangkan air sejuk dan panas...

 Sekarang ni...bila dah hidup sendiri...di hutan batu nie... kadang2 memori ini datang mengamit... membawa bersama rindu kepada mereka...
Al-Fatihah untuk arwah Tok Wan, Tok Wan Jaih, Tok Chaq dan Tok Ah...Semoga mereka ditempatkan di kalangan org2 yang beriman.

Aku tahu... Mati itu pasti... Itu janji Allah S.W.T.... kepada setiap insan di dunia ini... aku redha...


Wednesday, July 18, 2012

Manusia KL

Gelagat manusia.. kadang aku sendiri pun tidak mengerti... aku suka memerhati... walaupun kerja ku setiap hari jarang bertemu dengan masyarakat cuma sekali sekala melangkah keluar dari office bertemu doktor/client...
Dapat ku lihat kerenah dan gelagat manusia di sekeliling ketika menunggu teksi, bas serta ketika berada dalam LRT...
Pengangkutan awam menjadi teman setia ketika berada di KL ni... tiada kesimpulan yang dapat ku buat kerana setiap manusia berbeza...

Sebagai contoh...
1. LRT
 >> sering kali aku melihat ibu bapa membawa anak2 yang masih kecil berjalan-jalan mahupun bershopping .. Pada aku...tidak salah hendak membawa mereka...tetapi haruslah pandai menjaga mereka ketika keadaan LRT yang penuh sesak.... sering berlaku apabila kanak2 ini menangis menjerit2 kerana  rimas dengan keadaan LRT ini... kepada sesiapa yang sering menggunakan LRT ketika waktu puncak akan mengerti bagaimana padatnya LRT ini dengan manusia2... kembali kepada kanak2 yang menangis tadi...keadaan di dalam LRT itu menjadi bertambah tidak selesa dengan pencemaran bunyi...

2. Teksi
>> Menunggu teksi memang menyeksakan...tambahan jika teksi yang ditunggu itu di ambil org lain..
situasi ini sering berlaku apa bila hari hujan...kebanyakan manusia akan menggunakan teksi... maka line-up untuk teksi juga amatlah panjang... kadang2 aku pelik ... bagaikan dia tidak nampak org yang menahan sabar beratur...dengan sesuka hatinya memotong barisan...

3. Bas
>> Menunggu bas lagi lah seksa... bertambah dengan bas yang dikehendaki tidak muncul mengikut masa...
sakit hati bertambah apabila bas lain dah 2-3 kali datang...


sekarang kebanyakkan pengguna pangangkutan awam ini adalah warga asing, samada yang halal mahupun haram... kadang2 rimas melihat gelagat mereka2 ini...seolah2 berada di negara sendiri... meludah merata2... berebut2 menaiki bas...

Monday, July 16, 2012

twisted Mind

Kata ku: Saya nak jadi ahli forensic..
Suara 1: tak boleh.. nanti tak dak masa untuk family.
Suara 2: Anda tidak layak mengikuti kursus forensic.
Suara 3: Eiii.. ko x takut ke dengan mayat... kerja tu kotor la...
My Mind: Setting that I could never be ...
My Heart : Still eagerly believe I can! Denial..

Kata ku: I want to enter genetics course
suara 1: itu hanya untuk orang pointer tinggi-tinggi je..
Suara 2: Anda ditawarkan pengkhususan  Bioinformatik
Suara 3: Boleh tukar pengkhususan, tapi banyak procedure, baik x payah jer..
Suara 4:Genetics susah la....
My Mind: Setting that bioinformatic telah ditakdirkan untukku...
My Heart: still wanting to graduate in Genetics, walaupun aku tahu ia tak mungkin terjadi...

Kata ku: Aku suka Azra...
Suara 1: Eh dia suka orang lain la...
Suara 2: Hang gemuk ... x padan dengan dia
Suara 3: Alah dia baik dengan hang sebab nak rapat ngan kawan baek hang..
My Mind: Forgeting Azra, since he is not here anymore...
My Heart: I wish I could tell him that I loved him... regreting

Kata ku: aku nak bawa kereta kat KL
Suara 1: isk..hang x cekap lagi... bawa la kat kampung dulu...
Suara 2: Kumpui duit dulu...hang boleh ka nak tanggung minyak reta nie..
Suara 3: Nak bawa reta p KL mesti ada kurang2 RM 1000 lam poket...kut2 la jadi apa2 kot tengah jalan...
My Mind: Believe that I'm not cekap bawa kereta...
My Heart: Insist to bring my car to KL. feel it will make me easy to go to work and it more effective that way..

Senario di atas merupakan realiti... choices yg telah aku pilih dalam hidup... Suara-suara itu...merupakan pandangan dan pendapat orang2 sekeliling aku... kebanyakannya  bagi aku berunsur negatif... 


Banyak lagi senario-senario begini dalam kehidupan ku...cuma ini yang aku rasa yang terbesar yang masih menghantui aku..

Aku tahu x elok merungut, x elok mengungkit... tapi apa lagi yang perlu aku lakukan untuk melepaskan ia pergi... kerana aku tahu aku pernah ada peluang untuk kecapinya...tetapi hanya kerana suara2 itu, sedikit sebanyak mempengaruhi pilihan aku...

Aku tidak salahkan sesiapa... aku yang bersalah..kerna aku gagal memilih yang terbaik...aku gagal untuk tetap teguh dengan keputusan ku...

Saban hari aku berdoa, agar diberi kelapangan hati agar aku dapat redha dengan pilihan ku sendiri...



Monday, July 9, 2012

Jualan Tudung Raya (Bawal Sulam Tangan)

Hi dearest follower and friends...


Ada sesiapa berminat nak beli tudung raya?

Tudung Bawal sulam tangan...

Contoh warna seperti gambar di bawah.. 

Untuk keterangan lanjut sila visit Here..

PS: Tolong promosi untuk my sister..hehehe...

Sunday, July 8, 2012

Mood Emo Datang Lagi!!

Hmm.. Seperti tajuk yang tertulis... mood aku bertukar lagi... and again..emo... not a good mood to start this week!

Saat kelam meliputi diri..ku berharap cahaya hati ini mampu mengalahkan kegelapan itu...
Namun kegelapan itu tidak putus2 berusaha mengelapkan ku...
Pohon ku... Ya Allah... terbitkan lah rasa ikhlas dalam diri ku ini...
dalam setiap pekerjaan ku...

~Princesseira~
Ampang 2012

PS: I need to be confident to be a good example to my junior..