Pages

Monday, September 30, 2013

Carilah Bahagia untuk diri sendiri..


Pada aku, kebahagian seseorang terletak pada orang itu sendiri..
Kebahagian ada pasang surutnya, ada turun naiknya..
namun, acap kali kita lebih menilai kebahagian insan lain daripada menyedari kebahagian sendiri,
lebih suka membandingkan bahagia insan lain dengan kekurangan diri..

Kadang kala, kita salah letak dimana mahu diukurnya paras bahagia itu..

Pada aku,

Ukurlah bahagia dimana pun mahu mu.. Jangan dibandingkan dengan insan lain...

Ada insan yang bahagia bila bersama keluarga, ada yang bahagia bila dapat bertemu keluarga sebulan sekali,
malah ada yang bahagia dengan bekerja keras membanting tulang untuk diberikan kepada keluarga...
Jangan dicemburui insan lain, tetapi berusahalah mencari jalan untuk berbakti pada keluarga mu.

Ada insan yang bahagia dengan kereta mewah, ada yang bahagia dengan kereta nasional, malah ada yang bahagia dengan bermotosikal sahaja.. Letakkan bahagia pada kemampuan kita, pada keperluan kita, dan juga letakkan kebergantungan kita pada Yang Esa..
Jangan dibandingkan dengan kereta mewah, kerana mereka juga ada masalahnya.

Hidup lah dalam kemampuan mu, maka kamu akan bahagia...
Bebas dari hutang juga ku rasakan bahagia...

Aku tidak menolak keinginan memperoleh sesuatu, aku juga pernah kecewa kerna keinginan ku tidak kesampaian..

Dulu aku begitu, merasa diri tidak bahagia, serba kekurangan...
Semakin mengeluh makin rumit jadinya..
Namun setelah menerusi kehidupan ini, ku rasakan semua masalah itu cabaran untuk ku..
Cabaran dan dugaan dari yang punya kuasa.. dalam menilai iman kita, menilai ikhlas kita..

Maka dengan itu, aku berusaha untuk lebihkan ikhlas dalam setiap perkara..

Aku bercerita bukan bermakna aku rasa aku sempurna, kerna aku tahu sempurna itu bukan milik manusia..
Ia milik yang Maha pencipta..
Luahan ku bukan untuk berbangga diri.. namun niatku cuma memberi nasihat pada yang ku sayang..agar kita sama2 mendapat manafaat..

namun tidak salah kita mengejar kesempurnaan kerana ia menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya...



Wednesday, September 18, 2013

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Doa yg dibaca selepas solat sunat Dhuha...

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"


Amin..