Pages

Friday, August 3, 2012

Gadis Bertudung Biru- Step 1

Sumber Gambar : Deviant Art

Angin sepoi-sepoi bahasa menerjah ke wajah gadis bertudung biru itu. Gadis itu membetulkan tudungnya. Tangannya memegang erat sesuatu.
Setiap petang kelihatan gadis bertudung biru itu sentiasa ada dibawah pohon rendang ini. kadang-kadang duduk dibuaian, kadang-kadang bersandar pada pohon pokok rendang. Seperti menunggu sesuatu. Atau menunggu seseorang? Pada setiap kali melihat gadis bertudung biru itu, ingin sekali aku menyapa. Tetapi langkahku seakan berat untuk menghampirinya. Raut wajahnya penuh pengharapan.

Masa berlalu.
Petang itu aku beriadah seperti biasa. Kebiasaanya aku akan melalui pohon rendang itu. Namun kali ini, terasa janggal. Hanya pohon rendang dan buaian sepi yang kelihatan. Kelibat gadis bertudung biru tiada. Aku menghampiri pohon itu. Mata ku tertarik untuk melihat ukiran di batang pohon rendang itu. Sangat jelas.
Emelda Aisya & Aisya Esma.  Aku duduk di buaian dan menghayun buaian perlahan-lahan. Mata ku terlihat tanah ditepi akar pohon tersebut seperti baru digali, betul-betul dibawah ukiran pada batang pohon itu. Aku bangun dan menghampiri. Mengali-gali sehingga kelihatan sebuah kotak kecil yang usang. Kotak itu dikeluarkan dan dibuka. Seutas rantai perak bersama suatu ukiran seperti bentuk sebelah hati yang retak. Terukir disitu nama Emelda Aisya. Aku beranggapan mungkin inilah yang dipegang erat oleh gadis tudung biru itu.

Terdapat juga sepucuk surat dan sekeping gambar lama, yang memaparkan 2 kanak-kanak seiras, berambut perang kekuningan, bermata biru kehijauan. Gambar itu berlatar di tempat pohon rendang itu juga.  Jelas kelihatan mereka memakai rantai yang serupa. Aku pasti mereka ialah Emelda Aisya dan Aisya Esma.

Tetapi aku tertanya-tanya. Kemana perginya gadis bertudung biru itu hari ini.

Thursday, August 2, 2012

Kuih Raya Idaman- Kenangan lalu mengusik jiwa

Assalamualaikum,
Uiihhhh... Tengok tajuk  macam best jer kan...

Sebenarnya nak bercerita pasal kuih raya. Kan sekarang ni mak cik2, kakak2 dan adik2 sibuk dok buat kuih raya. Iye ke buatnye? ke pakai tunjuk jer kat katalog kuih or yg lg advance order kat fb?

Hehehehe...

Ramadan dan syawal pada mata aku sebenarnya membuka banyak peluang untuk kita merapatkan hubungan persaudaraan dikalangan kita. Pada masa ni la, semangat nak balik kampung jumpa famili, mak ayah, atuk nenek dan sepupu sepapat kan?

Eh lari tajuk... Nak citer pengalaman buat kuih raya sebenarnya...

Dulu:
Masa aku sekolah rendah & menengah sebelum dok asrama. Penghujung ramadan memang dimaanfaatkan sepenuhnya oleh kami...iaitu aku dan kakak untuk buat kuih raya. Dulu-dulu kuih order or tunjuk-tunjuk nie kurang popular... kerepek pun belum popular... nak tau kenapa? sebab.. klu org yg datang masa raya tu nanti mesti nye akan tanya kuih nie buat ke beli... so boleh la nanti kami dengan bangga nya cakap... Eh..buat la..mana aci beli2 nie.. x sedap....

Pernah sekali tu..aku & akak bukak bisnes jual kuih raya.. tau kenapa? sebab nak cari duit lebih sepasal dan juga sebab org minta...kuih tart nenas yang paling popular.. (Which means sedap la kuih raya kami...hihi) bisnes nie bertahan setahun jer... sebab klu x salah, aku dah masuk asrama tahun lepas tu..so akak aku x de assistant...

Tahun-tahun lepas tu..kuih tunjuk dan order dah makin popular...tambah2 dengan kemunculan kerepek-kerepek yang pelbagai jenis dan rupa...

So, kami pun...setelah semakin dewasa dan bekerjaya, masa banyak dihabiskan untuk kerja dan aktiviti lain.. setiap ramadan akak aku akan tanya... nak buat kuih raya dak tahun nie...dan of course la, aku ni..yang jauh diperantauan (Ceh! KL jer pun) cakap " X kut. x sempat nak balik buat."

Tapi semakin kepenghujung ramadan ini.. mengingatkan aku kembali akan keseronokan membuat kuih raya sendiri.

Semakin aku mengimbau kembali kenangan raya... sudah pasti akan terkenangkan atuk dan nenek dari kedua belah pihak... Raya kami tidak akan sehambar ini jika mereka masih ada...
 Al-Fatihah untuk mereka....