Pages

Thursday, September 20, 2012

Syawal dan bilik baru

Suatu petang yang hening... dengan suasana yang membawa kepada tidor yg asyik...







Semenjak dua menjak nie.. sejak bilik depan tu siap... dah ada penunggu... siapa lagi klu bukan syawal!!
tiap masa ada disitu... keluar hanya pegi toilet n makan ja...

Dia dok berangan nak makan kek..sebab birthday dia dah dekat pastu tok wan dok janji nak beli kek ..
kita tunggu dan lihat..Syawal dapat makan kek dak nanti...

hihihi....

Gulai Ikan Keli Kampung

Hi ...

saya nak share 1 masakan faveret saya iaitu Gulai Ikan Keli Kampung... maksud nya..ikan keli ini yg fresh dari sawah padi.. Rasa dia mmg manis dan sgt sedap... Rugi klu x pernah rasa...

Kat bawah nie gulai yg mak saya masak haritu...
Sedap..bertambah dengan rasa manis timun..fuh..boleh tambah 2-3 kali...

hehehe..

Ikan darat seperti keli, haruan dan puyu akan senang didapati apabila tiba musim menuai padi di Kedah.. ini kerana pada masa ini air bendang/sawah akan kering dan ikan2 nie akan berkumpul di lopak2 air di sawah...
aktiviti kami sekeluarga sekiranya tiba musim menuai ialah menangkap ikan2 ini di dalam sawah...
walaupun aktiviti ini memenatkan, namun kepuasan itu amat berbaloi..tambahan apabila mengingatkan dapat menjamu selera dengan gulai ikan ini...

Kesedapan ikan keli sawah ini menandingi ikan keli yang dibela kerana ikan keli bela mempunyai lemak yg banyak manakala ikan keli sawah tidak dan agak manis isi dari ikan keli bela...

berkenaan resepi gulai ikan ni... akan saya update nanti... hehehe..

K... Sedap tau... rugi klu x cuba...

PS: Resepi nak kena tny mak dulu...hehehe...