Pages

Thursday, April 11, 2013

Kisah Semalam ~ Meranduk air Kotor ~

Salam...

Entah betul entah tidak ejaan diatas..

Aku ingin bercerita perihal semalam. Jam menunjukkan tepat pukul 5. Hati mula gelisah memandang ke luar tingkap. Awan mendung berarak, suasana diluar menjadi gelap gelita. Terus tangan menaip sesuatu di laman skype mengajak teman opis ku pulang tepat pada waktunya.
Dalam sedar and tidak, jarum minit jam telah melepas nombor 9. Maknanya sudah lebih 15 minit dari waktu yang sepatutnya.

Kedengaran guruh dan kilat saling bergaduh...
Sekali lagi aku melihat keluar. Harapan aku untuk balik awal semalam musnah. Di luar kelihatan hujan mencurah2 dan langit gelap seakan senja. Tiba-tiba kedengaran suara pengumuman dari building management memberitahu kepada pemilik kenderaan yang meletak kereta mereka di bahagian basement building agar mengalikan kan kereta kerana air semakin meninggi di situ.

Kami pun tanpa berlengah bersiap sedia untuk pulang dan dengan nekad ingin meredah hujan dengan berbekalkan sekaki payung. Mujur aku berselipar sahaja semalam.

Setelah menaiki lif turun, di lobi kelihatan ramai org menunggu untuk hujan reda. Tetapi kami dengan nekadnya, membuka payung dan terus meredah hujan. Hujan yang bagai org putih cakap " Rain like cat and dogs" @ yang seumpama dengannya.

Setelah hampir sampai ke tempat letak kereta, kami terkejut melihatkan kereta salah seorang dari kami sudah di tenggelami air. Maaf tidak sempat mengambil gambar. Maka pemilik kereta tersebut membuat keputusan untuk meninggalkan kereta nya disitu dan pulang dengan teksi.

Air melimpah melepasi buku lali. Terpaksa juga diredah untuk ke stesen LRT berhampiran. Aku sempat mengambil gambar sekeping dua untuk kenangan.

Inilah banjir kilat dikota. dalam sekelip mata boleh berlaku dan juga berakhir.

PS: lama x main air masa banjir..dulu selalu jer main kat kg.
Tup-tup balik rumah..xde air la pulak... dah macam chipmores dah air nie...kejap ada kejap xda... disana banyak, disini kering...haish...

Wednesday, April 10, 2013

Perkembangan Semasa Seorang Aku

Assalamualaikum... maaf lama sudah aku tidak mengemaskini blog nie.. 
hendak dikatakan sibuk..barangkali ya... barangkali tidak..
namun yang utama, adalah aku tidak ada idea mahu menulis tentang apa.
banyak sekali peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling ku, namun ianya tidak mencetuskan sebarang idea untuk penulisan yang matang.

Perkara panas lagi terbaru ialah tarikh mengundi kali ke 13 atau lebih dikenali dengan PRU 13 yang jatuh pada tanggal 5 May 2013 seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya pilihan raya hari ini.

Maka sibuklah sekalian warga kota, yang ada kesedaran sivik dan rasa bertanggungjawab pada negara menerjah kaunter-kaunter tiket tidak kira bas, kereta api mahupun kapal terbang. Begitu juga aku. Berusaha mencari tiket tidak kira secara atas talian mahupun di kaunter. Ingin merasai pengalaman mengundi buat pertama kali. Semoga kali ini kami akan menang!

Selain itu, ingin aku maklumkan disini bahawasanya aku telah selamat berpindah ke kediaman baru seperti yang diberitahu pada entri terdahulu.

Ada sedikit ketidak senangan hati tika ini. Namun tidak usahlah aku perkatakan disini kerana bila mana aku ungkitkan kembali maka sakitnya kembali.

Biar ia berlalu dalam diam.

Sesungguhnya aku telah cuba menulis dalam bahasa yang aku rasa lebih matang, lebih profesionnal, lebih ilmiah. Namun aku rasakan kepayahan itu. 

PS: mempraktiskan bahasa ibunda.