Pages

Thursday, June 6, 2013

Sama & Serupa

Saban hari,
meniti jalan yang sama,
memanjat tangga yang sama,
melakukan aktiviti yang serupa
bertemu hampir dengan orang yang sama.

aku jadi lali, jemu,
pening memusing, mata berpinar
hati mula menghasut,
akal mula mencari alasan.

Aku cuba mengubah hari-hari ku supaya berbeza,
namun di penghujungnya aku tetap rasakannya sama.
dari segi fizikal, emosi, dan apa saja... semua sama.

Pernahkah anda merasa begitu?
sehingga terlintas untuk diam, kaku tidak bergerak.

Sepertinya aku x bisa melakukan kerja yang sama setiap hari.
Sigh!

No comments: