Alhamdullillah... Tahun ini ayah bonda ku dijemput untuk mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Mereka telah bertolak pada 13 Sep 2013 dan dijangka pulang ke tanah air pada 28 Oct 2013.
Aku sentiasa berdoa agar mereka mendapat Haji yg mabrur.
Bagi kami adek beradek, ini pertama kalinya;
- ayah bonda tiada disisi untuk jangka masa yg panjang
- Beraya tanpa mereka disisi
- Menjalani kehidupan harian tanpa mereka.
Dugaan segi emosi dan rohani. Selalunya hari raya kami meriah dengan pelbagai juadah, serta kunjungan sanak saudara dan sahabat handai..
Namun aidiladha kali ini agak lain.. Kami cuba setakat yang termampu untuk berhari raya dengan gembira. Namun masih tidak sama. Tiada beraneka juadah dari bonda. Tiada takbir bersama dari ayah.
Sungguhpun begitu, aku tetap bersyukur kerna masih dapat bersama mereka2 yang dicintai di hari yang mulia ini... walau jarak memisahkan kita.. namun kita masih boleh bermadah bicara.. memohon keampunan dari kejauhan..
Jauh dari lubuk hati, ku pendamkan kepiluan, kekosongan yang ditinggalkan ayah dan bonda. Ini membuka mata dan hati ku untuk lebih menghargai dua insan ini yang banyak berjasa pada ku..
Kepada Ayah dan Bonda...
Bertabahlah menjalankan ibadah Haji di Tanah Suci.. Kami di sini, senantiasa menanti dan berdoa agar keselamatan, kesempurnaan yang baik untuk kalian berdua. Jangan dirungsingkan kami disini.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar diatas lindungan dan rahmat dari Allah SWT. Aku juga berharap suatu hari nanti aku akan dijemput untuk ke rumah Allah ini.. Amin.
Wednesday, October 16, 2013
Friday, October 11, 2013
RAM Novel Review: M.A.G.I.S Pertemuan di akhir masa
Ha!...
akhirnya dapat jugak aku cari novel terbaru daripada RAM nie.. Yang beriya sangat tu sebab dalam novel tu dikumpul semua watak-watak utama dari novel-novel popular beliau. Watak-watak tersebut ialah;
akhirnya dapat jugak aku cari novel terbaru daripada RAM nie.. Yang beriya sangat tu sebab dalam novel tu dikumpul semua watak-watak utama dari novel-novel popular beliau. Watak-watak tersebut ialah;
- Saifuddin@ Laksamana Sunan - dari Siri Novel Laksamana Sunan
- Tombiruo - dari Siri Novel Tombiruo
- Carlos@Bilal Piut - dari Novel Mandatori
- Ryu Watanabe - dari novel Hatiku di Harajaku
- Mikhail - dari Novel Mikhail
Kesemua watak-watak ini akan bertemu buat pertama kalinya di dalam Novel ini...
Magis bermula dengan setiap watak di masa dan cerita masing2. Kemudian disebabkan satu peristiwa cincin@Halo mereka terdampar di suatu zaman dipenghujung masa.
Zaman dimana, diperintah oleh Tuan Turak yang mana Tuan Turak itu dikuasai oleh sesuatu yg bersifat kegelapan.
Setiap dari mereka diekori oleh seorang perempuan tua yang bongkok. Kelima-lima watak berjumpa dan bersatu menentang kejahatan walaupon ada diantara mereka yang pada mulanya berpihak pada kejahatan.
Namun di penghujungnya mereka bersatu untuk menegakkan kembali panji Islam.
Mereka berperang di dunia Magis menentang kegelapan. Satu demi satu daripada mereka kecundang. Mereka mati di zaman penghujung masa dan kembali sedar di zaman masing-masing dengan membawa seribu satu cerita. Masing-masing kembali mengAgungkan Allah.
Pada aku, MAGIS membawa mesej yang mendalam. tentang Dajjal, tentang Kiamat, dan kebangkitan Islam. Pada aku ia dapat memupuk jiwa untuk terus mencari Islam dan percaya akan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan.
Dalam MAGIS juga merungkap sisi lain setiap watak.
Tahniah RAM kerana berjaya menghasilkan novel ini.
PS: Sorry pada yg x baca lagi.. aku dah tercerita lebih pulak..hehe.. tp lebih banyak suprise akan anda dapati jika anda membacanya sendiri..
Subscribe to:
Posts (Atom)