Pages

Friday, October 11, 2013

RAM Novel Review: M.A.G.I.S Pertemuan di akhir masa

Ha!...
akhirnya dapat jugak aku cari novel terbaru daripada RAM nie.. Yang beriya sangat tu sebab dalam novel tu dikumpul semua watak-watak utama dari novel-novel popular beliau. Watak-watak tersebut ialah;

  1. Saifuddin@ Laksamana Sunan - dari Siri Novel Laksamana Sunan
  2. Tombiruo - dari Siri Novel Tombiruo
  3. Carlos@Bilal Piut - dari Novel Mandatori
  4. Ryu Watanabe - dari novel Hatiku di Harajaku
  5. Mikhail - dari Novel Mikhail
Kesemua watak-watak ini akan bertemu buat pertama kalinya di dalam Novel ini...

Magis bermula dengan setiap watak di masa dan cerita masing2. Kemudian disebabkan satu peristiwa cincin@Halo mereka terdampar di suatu zaman dipenghujung masa. 

Zaman dimana, diperintah oleh Tuan Turak yang mana Tuan Turak itu dikuasai oleh sesuatu yg bersifat kegelapan.

Setiap dari mereka diekori oleh seorang perempuan tua yang bongkok. Kelima-lima watak berjumpa dan bersatu menentang kejahatan walaupon ada diantara mereka yang pada mulanya berpihak pada kejahatan.
Namun di penghujungnya mereka bersatu untuk menegakkan kembali panji Islam. 

Mereka berperang di dunia Magis menentang kegelapan. Satu demi satu daripada mereka kecundang. Mereka mati di zaman penghujung masa dan kembali sedar di zaman masing-masing dengan membawa seribu satu cerita. Masing-masing kembali mengAgungkan Allah.

Pada aku, MAGIS membawa mesej yang mendalam. tentang Dajjal, tentang Kiamat, dan kebangkitan Islam. Pada aku ia dapat memupuk jiwa untuk terus mencari Islam dan percaya akan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan.

Dalam MAGIS juga merungkap sisi lain setiap watak. 

Tahniah RAM kerana berjaya menghasilkan novel ini.

PS: Sorry pada yg x baca lagi.. aku dah tercerita lebih pulak..hehe.. tp lebih banyak suprise akan anda dapati jika anda membacanya sendiri..




1 comment:

Unknown said...

..tq for the review mun =)..mcm best je..nak kena dapatkan jugak novel nie..hihi