Pages

Wednesday, March 12, 2014

Semangatku~2

Seriously aku dah lama x menulis.. sejak dari kejadian itu.. mood untuk merakam apa2 kejadian dalam bentuk penulisan hilang..
Seriously, sebelum ini aku rasa aku masih punya peluang, ruang dan harapan.. tapi sejak dari hari itu.. peluang ku 0%, ruang tertutup rapat dan harapan ku sama sekali hancur berkecai..

Setelah hampir 2 bulan di tahun baru.. setelah mengutip sisa sisa kekuatan yg tinggal.. aku berani untuk menulis semula..

Memang dari dulu aku tidak menaruh harapan terlalu tinggi, tapi hati kecil ku masih berkata yang masa akan menentukan segalanya...
Setelah aku kehilangan, setelah aku putus harapan baru aku rasa kepayahan.. untuk meneruskan hari-hari yang selama ini ku sandarkan harapan padanya..

aku menulis bukan nak mengeluh.. cuma aku rasa sekarang sesuai untuk ku luahkan kan apa yg perlu untuk lapangkan dadaku..
aku akui susah untuk menghadapi semua ini.. tapi aku harap untuk terus mencuba dan mencari.. mungkin tiada jodoh antara kita.. Aku akan terus mencuba hingga berjumpa yg setia..

keep thinking positive!!

1 comment:

Petak Bunga said...

aku menulis bukan kerana nama.