Pages

Wednesday, June 3, 2009

persoalan...

kesejukan malam yang mencengkam ditambah lagi dengan simbahan air rahmat dari langit. saat ini... jiwa ku kosong, memikirkan perjalanan hidup ku sehingga ke hari ini.
setiap detik yang berlalu, jiwa ku makin memberat, dibebani akan kenangan lampau dan igauan masa depan. masa lampau yang tidak dapat diubah, masa depan yang makin kabur dari pandangan...
kata org...apa yang kita buat dan pilih pd masa lampau lah yang menentukan siapa kita masa kini, dan apa yang kita pilih dan buat masa kini lah yng menentukan siap kita pada masa hadapan...
kadang2 aku cuba membandingkan diriku dengan rakan2 ku...yang pada pandangan ku berbeza dari segi penampilan, pemikiran, adaptasi, pergaulan dan mcm lg....
aku cuba mencari punca perbezaan ini...kerana pada pandangan ku...setiap manusia dilahirkan sama...namun usaha ku...memberikan pelbagai jawapan...ynag ak sendiri kurang pasti kesahihan nya...

sekarang minda ku cuba mentafsirkan satu lg persoalan yng juga sering kali melintas di pikiran ku... bagamana keadaan sekelilingku...tanpa aku.??
apakah kepentingan ku disini??
pelbagai persoalan timbul yang tidak dapat ak menjawab...selain membuatkan ak termenung jauh memikirkannya...

No comments: