Tahukah anda, bulan 6,7 adalah bulan yang ditunggu oleh pengemar buah-buahan tempatan... betol kan?
ini termasuklah aku... my faveret fruit is durian dan manggis..
Dulu, masa arwah tok wan and tok chaq ada, musim buah lah yg paling ditunggu2... nak tau kenapa?
Sebab kami akan pergi ke dusun mengutip hasilnya...best wooo... ada manggis, rambutan, langsat, cempedak, and especially durian... durian kegemaran namanya durian abu... buah dia kecik2... rasanya manis-manis pahit sket...fuh... nie kalau kena yg fresh baru amik dari bawah pokok memang best...sehingga menjilat jari ....
Back to the story, sebelum kami pergi ke dusun buat pertama kalinya setiap tahun... tokwan and tok chaq akan membuat beberapa persediaan, iaitu...
- membuat sarung cempedak dari daun kelapa - ni aku da blajar sket2... aktiviti ni akan dimulakan 2-3 minggu sebelum hari ke dusun kerana sarung ini perlu dijemur untuk memastikan ianya kering dan tidak beratkan buah cempedak.
- menyediakan sarung pengait buah... disediakan awal2... samaada yang cakok [berbentuk seperti no 7] ataupun yang ada net. selalunya kami panggil galah cakok. ianya digunakan untuk mengait buah manggis terutamanya... batang galah ini akan diambil di dusun nanti...iaitu buluh...ada yang panjang dan juga pendek...
- makanan- ianya disediakn pada malam ataupun pagi hari yang telah ditetapkan ke dusun... contohnya nasi, lauk -pauk atau mihun... makanan akan bertambah sekiranya keluarga mak cik2 dan pak cik2 datang sekali.
- tebas rumput dusun - selalunya 3-4 hari sebelum tarikh yang ditetapkan, ayah, tok wan dan kadang2 aku akan ke dusun untuk menebas segala rumput2 yang tumbuh meliar agar nanti bila sekeluarga datang x de la semak sangat dan tiada gangguan mahkluk yang berbahaya.
- mengumpul plastik2 besar atau karung gula untuk mengisi hasil dusun nanti...
picas thanks to deviant art and Mr Google
aktiviti2 yang sering dilakukan di dusun...
- oleh kerana dusun kami tanahnya berpasir, masa kecik2 dulu aku dan adik beradik selalu main pasir kat situ.. korek-korek dan buat macam2 bentuk.. ini kerana mak ayah kami x bagi kami pergi kutip @ kait buah sama sebab kami kecik lagi...
- berkelah sambil makan-makan - setelah penat mengait mengutip hasil dusun, kami akan berehat dan menjamu selera dengan bekalan yang ada. dulu ada sebuah pondok di dusun, pondok ini untuk kami bermalam tunggu durian jatuh... ia juga tempat menyalin pakaian serta tido...heehehe... makanan kami lebih menyelerakan sebab terdapat ulam-ulaman yang segar yg dikutip di dusun...
- kait buah manggis - dulu hanya mak, ayah, tok wan dan tok chaq saja yang p kutip n kait.. masa aku sekolah rendah aku dah start panjat pokok manggis dan kait buah dari atas pokok...Best WOOO.... aku dan kakak akan berlumba sapa naik pokok paling cepat...hehehe...
- aktiviti mengutip buah durian - ni aktiviti pertama yang dilakukan apabila sampai dusun... macam main game cari benda tersembunyi...hehehe...
- Mandi Sungai-- aktiviti paling best dan yang ditunggu2... kat tepi tanah dusun kami ada sebuah sungai yang mengalir dari puncak Gunung Jerai, air dia kadang2 dalam dan kadang2 cetek... ada ikan 2 kecil dan batu sungai yang pelbagai bentuk.. kat situ lah kami selalu mandi beramai2...
- menjual hasil dusun terutamanya manggis - hasil lumayan dan akan dikongsi samarata...
dan macam2 lagi aktiviti yang kami lakukan...
lebih kurang macam ni sungainya...
kalau nak makan durian...kena lah beli sekarang nie... haish...kat pasaran selalunya durian kawin...x sesedap durian kampung...
rindunya nak pegi dusun macam dulu....
PS: bila nak balik kg nie..nak melawat dusun la....rindu...al-fatihah tuk Tok Wan Din, Tok Chaq, Tok Wan Jaih dan Tok Ah. Semoga ruh mereka dicucuri rahmat Allah...
No comments:
Post a Comment