Gelagat manusia.. kadang aku sendiri pun tidak mengerti... aku suka memerhati... walaupun kerja ku setiap hari jarang bertemu dengan masyarakat cuma sekali sekala melangkah keluar dari office bertemu doktor/client...
Dapat ku lihat kerenah dan gelagat manusia di sekeliling ketika menunggu teksi, bas serta ketika berada dalam LRT...
Pengangkutan awam menjadi teman setia ketika berada di KL ni... tiada kesimpulan yang dapat ku buat kerana setiap manusia berbeza...
Sebagai contoh...
1. LRT
>> sering kali aku melihat ibu bapa membawa anak2 yang masih kecil berjalan-jalan mahupun bershopping .. Pada aku...tidak salah hendak membawa mereka...tetapi haruslah pandai menjaga mereka ketika keadaan LRT yang penuh sesak.... sering berlaku apabila kanak2 ini menangis menjerit2 kerana rimas dengan keadaan LRT ini... kepada sesiapa yang sering menggunakan LRT ketika waktu puncak akan mengerti bagaimana padatnya LRT ini dengan manusia2... kembali kepada kanak2 yang menangis tadi...keadaan di dalam LRT itu menjadi bertambah tidak selesa dengan pencemaran bunyi...
2. Teksi
>> Menunggu teksi memang menyeksakan...tambahan jika teksi yang ditunggu itu di ambil org lain..
situasi ini sering berlaku apa bila hari hujan...kebanyakan manusia akan menggunakan teksi... maka line-up untuk teksi juga amatlah panjang... kadang2 aku pelik ... bagaikan dia tidak nampak org yang menahan sabar beratur...dengan sesuka hatinya memotong barisan...
3. Bas
>> Menunggu bas lagi lah seksa... bertambah dengan bas yang dikehendaki tidak muncul mengikut masa...
sakit hati bertambah apabila bas lain dah 2-3 kali datang...
sekarang kebanyakkan pengguna pangangkutan awam ini adalah warga asing, samada yang halal mahupun haram... kadang2 rimas melihat gelagat mereka2 ini...seolah2 berada di negara sendiri... meludah merata2... berebut2 menaiki bas...
2 comments:
betul.. berebut dan berhimpit dengan warga asing memang sangat merimaskan ! saya sanggup isi petrol bawa kereta sendiri daripada jadi bahan himpitan dan di "usha" gatal oleh mereka.
rasa tak selamat...
:-)...
Apakan daya..belum masanya nak bawa kereta...
Post a Comment