Pages

Tuesday, August 28, 2012

Cerita Raya Kami... Din & Pah Sekeluarga

Assalamualaikum... Sebelum ni entry raya yg agak emo..and now I write the good mood entry raya...

Din & Pah Sekeluarga beraya...

Sehari sebelum raya 2012:

Cat mengecat dah settle, walaupun ada yg x puas hati sal warna yg dipilih.. tapi x pa... next raya boleh tukar...
Agenda pepagi sesudah subuh, of course kuar membeli aka berebut daging + ayam kat pasar.. kat kedah org akan panggil hari ni hari menyembelih.. cause banyak lembu, kambing, kerbau, and x terkecuali ayam, itik disembelih... and keluarga kami akan pergi awal2 pagi kat pasar untuk beli daging2 yg fresh untuk dibuat gulai daging, rendang, and serunding. This time Long Pah buat serunding ayam awai...so x yah nak berebut ayam sangat..just focus kat daging lembu...
I dah bg tau awai2... semua masakan kena siap sebelum pagi raya sebab I nak I family pegi solat sunat hari raya...

ok. Back to the story, balik je dari pasar, perkara utama Long Pah akan buat or akan suruh I and kakak I buat is basuh beras pulut untuk buat ketupat... nak basuh beras nie pun ada caranya.. kena basuh sampai air basuhan tu jernih, klu x Long pah kata nanti ketupat tu cepat basi.
Aktiviti  memasak hari terakhir ramadan ni majoriti dilakukan oleh org2 pompuan keluarga Long Din and Long Pah...
My Dad aka Long Din akan bantu dari segi, kait buah nyok, kupas and tolong belahkan untuk diperah jadi santan. and also not forget to buy the beras fitrah to give to org yg memerlukan ... other aktiviti is to maintain our house surrounding kemas n teratur... and of course usually Long Din will be assist by my lovely younger sister, Cik Gee.

Once everything done it my job to wash all the baju raya and iron it... (which it is the most difficult during this year raya: see previous entry)

Malam Raya 2012.

Aktiviti utama, bertakbir raya bersama2 even x pergi terawih atas sebab2 tertentu.. selesai bertakbir... agenda seterusnya ialah main mercun... hehehe... suasana malam raya umpama di medan perang...berdentum2 bunyi mercun... harap x dak yg putus jari laa...

Lepas tu usually tahun2 lepas, kami akan pakai inai except my dad... but this year pokok inai kurang subur n tambahan pula kami agak malas nak prepare... so this year no inai for us...

Pagi Raya yang hening

Bangun awal, Long Pah kata dia pening kepala, memusing so bangun picit2 kepala Long Pah. nie mesti penat memasak n rasa ketupat semalam. Long Pah ok lepas picit2 kepala sket... then of course I pegi mandi sunat hari raya and solat subuh sekali...
Pagi ni x pakai baju raya lagi..cuma pakai baju simple2 tuk sambung masak and plan nak p solat raya... namun, plan hanya tingal plan bila akak I x jadi pegi, Long Din plak dah memecut awal2 lg...ke surau...

Sebelum Long Din ke surau, sesi salam meyalam dan memohon maaf di lakukan... hikhik.. skema lak... ada pic..tp can't share here (x pakai tudung)

after that sambung panaskan kuah laksa and other gulai, rendang n serunding yg telah siap dimasak...
then of course layan bebudak yg datang...even x mau masuk rumah pun... just datang, bagi salam kuat2 then tercegat kat depan pintu... bila tanya x nak masuk ke? sumer geleng... bagi jer duit raya terus cabut...hihihi..
teringat lak raya masa I bebudak dulu..

range dalam kul 12 to 4 giliran mak ayah n mak cik pak cik lak datang melawat... penat oooo... then baru tesedar x siap lg nak p beraya pulak... tergopoh gapah mandi sekali lg, solat zohor n pakai baju raya.... tunggu semua makcik n pakcik sebelah Long Pah mai..then convoi to kubur..nak baca yassin kat kubur..

after that sambung beraya..now turn keluarga long Pah and Long Din pulak nak beraya ke rumah orang...even dah hampir pukul 5 ptg... raya tetap diteruskan... hehe...

Begitu lah hari raya saya....this year... anda bagaimana? Best? Seronok? atau sebaliknya...

Sila lah layan picas2 terpilih nie...

Happy birthday Syawal.. Tunggu kek ke tu?

Penat beraya nampak.. Dapat duit raya x?

gambar raya bersama Tok Lang

Gambar Raya Bersama Tok Lang

Long din di hari raya ketiga... 
PS: Ce citer sket....

Wednesday, August 22, 2012

HAri Raya 1433H, Back to Basic

Selamat Hari Raya Semua....

I just wanna to share something about my raya celebration....
It like we celebrate hari raya in the past...

it started.... air bertekanan rendah bermula dari hari sebelum raya hingga ke harini... nak basuh pinggan, baju raya, mop lantai semua tergendala...dan menyusahkan...

it make it worst when electricty was cut during Hari Raya itself. Dah la tengah rembang yg panas tu... boleh plak g putus bekalan letrik.. Ini la dalam sejarah sejak bertukar pemerintahan kerajaan negeri... menyusahkan...  even untuk mengekal bekalan air dan letrik yg basic untuk sehari pun x boleh.... Kesian kat tetamu yg datang dengan baju lawa2 tp bila masuk umah x dak kipas.... berpeluh....

tu je aku nak komen... yg lain korang pandai2 le pikir sendiri... tu ada hati nak memerintah... negara berkebajikan konon...ceh...




Wednesday, August 15, 2012

Lampu lip lap Vs pelita minyak gas...

Lampu Lip Lap: LLL
Pelita Minyak Gas:PMG

situasi di kampung ketika 5 hari terakhir Ramadan. Malam tidak tenang seperti malam-malam bulan lain.

LLL: Hai pelita... aku tgk sekarang ni.. org kampung ni suka pasang kaum aku dari kaum kau kan? Kau nak tau kenapa x...

PMG: Huh!.. Ha kenapa?

LLL: Ada banyak kebaikan nya tau x.. aku boleh tukar2 warna, tukar timing kelip2, boleh buat design macam2... Ko apa ada... kalau hujan ko padam, minyak habis pun ko padam..hihihi... nampak gayanya org kampung nie akan sentiasa guna kaum aku untuk memeriahkan lagi malam-malam terakhir ramadan.. kau akan outdated la pelita...

PMG : Oh.. Ye ke? aku x kesah... lg pun aku suka, sebab masa aku padam tu la aku boleh buat aktiviti lain.. bukan macam ko...kena stay static jer buat kerja...hahaha...
Lagipun, malam2 terakhir nie la aku dapat memperbanyak ibadat ...

LLL: Erk?

Bunyi mercun bola dan mercun telor naga saling sahut menyahut, terus berdentum-dentam memecah kesunyian malam-malam terakhir ramadan. Melenyapkan kebisuan Lampu Lip Lap dalam bermegah dengan Pelita Minyak Gas.

LLL from Mr Google

PMG from Mr Google



PS: Mood nak balik kampung pasang pelita, sampai termimpi2 malam tadi.

Friday, August 3, 2012

Gadis Bertudung Biru- Step 1

Sumber Gambar : Deviant Art

Angin sepoi-sepoi bahasa menerjah ke wajah gadis bertudung biru itu. Gadis itu membetulkan tudungnya. Tangannya memegang erat sesuatu.
Setiap petang kelihatan gadis bertudung biru itu sentiasa ada dibawah pohon rendang ini. kadang-kadang duduk dibuaian, kadang-kadang bersandar pada pohon pokok rendang. Seperti menunggu sesuatu. Atau menunggu seseorang? Pada setiap kali melihat gadis bertudung biru itu, ingin sekali aku menyapa. Tetapi langkahku seakan berat untuk menghampirinya. Raut wajahnya penuh pengharapan.

Masa berlalu.
Petang itu aku beriadah seperti biasa. Kebiasaanya aku akan melalui pohon rendang itu. Namun kali ini, terasa janggal. Hanya pohon rendang dan buaian sepi yang kelihatan. Kelibat gadis bertudung biru tiada. Aku menghampiri pohon itu. Mata ku tertarik untuk melihat ukiran di batang pohon rendang itu. Sangat jelas.
Emelda Aisya & Aisya Esma.  Aku duduk di buaian dan menghayun buaian perlahan-lahan. Mata ku terlihat tanah ditepi akar pohon tersebut seperti baru digali, betul-betul dibawah ukiran pada batang pohon itu. Aku bangun dan menghampiri. Mengali-gali sehingga kelihatan sebuah kotak kecil yang usang. Kotak itu dikeluarkan dan dibuka. Seutas rantai perak bersama suatu ukiran seperti bentuk sebelah hati yang retak. Terukir disitu nama Emelda Aisya. Aku beranggapan mungkin inilah yang dipegang erat oleh gadis tudung biru itu.

Terdapat juga sepucuk surat dan sekeping gambar lama, yang memaparkan 2 kanak-kanak seiras, berambut perang kekuningan, bermata biru kehijauan. Gambar itu berlatar di tempat pohon rendang itu juga.  Jelas kelihatan mereka memakai rantai yang serupa. Aku pasti mereka ialah Emelda Aisya dan Aisya Esma.

Tetapi aku tertanya-tanya. Kemana perginya gadis bertudung biru itu hari ini.

Thursday, August 2, 2012

Kuih Raya Idaman- Kenangan lalu mengusik jiwa

Assalamualaikum,
Uiihhhh... Tengok tajuk  macam best jer kan...

Sebenarnya nak bercerita pasal kuih raya. Kan sekarang ni mak cik2, kakak2 dan adik2 sibuk dok buat kuih raya. Iye ke buatnye? ke pakai tunjuk jer kat katalog kuih or yg lg advance order kat fb?

Hehehehe...

Ramadan dan syawal pada mata aku sebenarnya membuka banyak peluang untuk kita merapatkan hubungan persaudaraan dikalangan kita. Pada masa ni la, semangat nak balik kampung jumpa famili, mak ayah, atuk nenek dan sepupu sepapat kan?

Eh lari tajuk... Nak citer pengalaman buat kuih raya sebenarnya...

Dulu:
Masa aku sekolah rendah & menengah sebelum dok asrama. Penghujung ramadan memang dimaanfaatkan sepenuhnya oleh kami...iaitu aku dan kakak untuk buat kuih raya. Dulu-dulu kuih order or tunjuk-tunjuk nie kurang popular... kerepek pun belum popular... nak tau kenapa? sebab.. klu org yg datang masa raya tu nanti mesti nye akan tanya kuih nie buat ke beli... so boleh la nanti kami dengan bangga nya cakap... Eh..buat la..mana aci beli2 nie.. x sedap....

Pernah sekali tu..aku & akak bukak bisnes jual kuih raya.. tau kenapa? sebab nak cari duit lebih sepasal dan juga sebab org minta...kuih tart nenas yang paling popular.. (Which means sedap la kuih raya kami...hihi) bisnes nie bertahan setahun jer... sebab klu x salah, aku dah masuk asrama tahun lepas tu..so akak aku x de assistant...

Tahun-tahun lepas tu..kuih tunjuk dan order dah makin popular...tambah2 dengan kemunculan kerepek-kerepek yang pelbagai jenis dan rupa...

So, kami pun...setelah semakin dewasa dan bekerjaya, masa banyak dihabiskan untuk kerja dan aktiviti lain.. setiap ramadan akak aku akan tanya... nak buat kuih raya dak tahun nie...dan of course la, aku ni..yang jauh diperantauan (Ceh! KL jer pun) cakap " X kut. x sempat nak balik buat."

Tapi semakin kepenghujung ramadan ini.. mengingatkan aku kembali akan keseronokan membuat kuih raya sendiri.

Semakin aku mengimbau kembali kenangan raya... sudah pasti akan terkenangkan atuk dan nenek dari kedua belah pihak... Raya kami tidak akan sehambar ini jika mereka masih ada...
 Al-Fatihah untuk mereka....