Pages

Thursday, August 2, 2012

Kuih Raya Idaman- Kenangan lalu mengusik jiwa

Assalamualaikum,
Uiihhhh... Tengok tajuk  macam best jer kan...

Sebenarnya nak bercerita pasal kuih raya. Kan sekarang ni mak cik2, kakak2 dan adik2 sibuk dok buat kuih raya. Iye ke buatnye? ke pakai tunjuk jer kat katalog kuih or yg lg advance order kat fb?

Hehehehe...

Ramadan dan syawal pada mata aku sebenarnya membuka banyak peluang untuk kita merapatkan hubungan persaudaraan dikalangan kita. Pada masa ni la, semangat nak balik kampung jumpa famili, mak ayah, atuk nenek dan sepupu sepapat kan?

Eh lari tajuk... Nak citer pengalaman buat kuih raya sebenarnya...

Dulu:
Masa aku sekolah rendah & menengah sebelum dok asrama. Penghujung ramadan memang dimaanfaatkan sepenuhnya oleh kami...iaitu aku dan kakak untuk buat kuih raya. Dulu-dulu kuih order or tunjuk-tunjuk nie kurang popular... kerepek pun belum popular... nak tau kenapa? sebab.. klu org yg datang masa raya tu nanti mesti nye akan tanya kuih nie buat ke beli... so boleh la nanti kami dengan bangga nya cakap... Eh..buat la..mana aci beli2 nie.. x sedap....

Pernah sekali tu..aku & akak bukak bisnes jual kuih raya.. tau kenapa? sebab nak cari duit lebih sepasal dan juga sebab org minta...kuih tart nenas yang paling popular.. (Which means sedap la kuih raya kami...hihi) bisnes nie bertahan setahun jer... sebab klu x salah, aku dah masuk asrama tahun lepas tu..so akak aku x de assistant...

Tahun-tahun lepas tu..kuih tunjuk dan order dah makin popular...tambah2 dengan kemunculan kerepek-kerepek yang pelbagai jenis dan rupa...

So, kami pun...setelah semakin dewasa dan bekerjaya, masa banyak dihabiskan untuk kerja dan aktiviti lain.. setiap ramadan akak aku akan tanya... nak buat kuih raya dak tahun nie...dan of course la, aku ni..yang jauh diperantauan (Ceh! KL jer pun) cakap " X kut. x sempat nak balik buat."

Tapi semakin kepenghujung ramadan ini.. mengingatkan aku kembali akan keseronokan membuat kuih raya sendiri.

Semakin aku mengimbau kembali kenangan raya... sudah pasti akan terkenangkan atuk dan nenek dari kedua belah pihak... Raya kami tidak akan sehambar ini jika mereka masih ada...
 Al-Fatihah untuk mereka....





No comments: