Pernahkah kalian berasa terhimpit, terikat, tersepit dan tidak berdaya?
bukan secara zahirnya tetapi dari segi jiwa dan emosi??
takala diri merasakan ianya perlu tapi tidak mendapat keizinan...
takala diri mahu tapi keadaan mengatakan sebaliknya...
tangan seperti mahu menyuap bersama suapan paling enak, tapi ada tangan lain yang menghalang...
jika tangan direntap hidangan ditangan pasti bertaburan, jika dibiarkan pasti kelaparan...
seperti pepatah, diluah mati emak ditelan mati bapa.
Ohh... Rumitnya keadaan...
akan tetapi jika dilihat dari segi luaran... hanya kegembiraan yang terpancar..
tiada siapa berani menyentuh isu hitam yang busuk itu... tidak siapa berani...
kerana andai disentuh, dibangkitkan hatta disuarakan...
pasti... senyuman, tawa riang akan lenyap sekelip mata... umpama penyakit berjangkit yang amat berbahaya..
topeng yang dipamerkan selama ini akan jatuh hancur berkecai umpama kaca ... tiada lagi tawa, usik-mengusik...
yang tinggal hanya perasaan hitam...hasad dengki, cemburu, sumpah seranah...
Sungguh! aku sendiri tidak BERANI!!
mengungkitkan perkara itu.. aku lebih rela kekal dalam keadaan tersepit antara kehendak dan taat...
dengan harapan suatu hari nanti semua akan sedar ... yang aku lebih memerlukan...
dan saat itu pasti sudah terlambat...
No comments:
Post a Comment