Pages

Wednesday, April 10, 2013

Perkembangan Semasa Seorang Aku

Assalamualaikum... maaf lama sudah aku tidak mengemaskini blog nie.. 
hendak dikatakan sibuk..barangkali ya... barangkali tidak..
namun yang utama, adalah aku tidak ada idea mahu menulis tentang apa.
banyak sekali peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling ku, namun ianya tidak mencetuskan sebarang idea untuk penulisan yang matang.

Perkara panas lagi terbaru ialah tarikh mengundi kali ke 13 atau lebih dikenali dengan PRU 13 yang jatuh pada tanggal 5 May 2013 seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya pilihan raya hari ini.

Maka sibuklah sekalian warga kota, yang ada kesedaran sivik dan rasa bertanggungjawab pada negara menerjah kaunter-kaunter tiket tidak kira bas, kereta api mahupun kapal terbang. Begitu juga aku. Berusaha mencari tiket tidak kira secara atas talian mahupun di kaunter. Ingin merasai pengalaman mengundi buat pertama kali. Semoga kali ini kami akan menang!

Selain itu, ingin aku maklumkan disini bahawasanya aku telah selamat berpindah ke kediaman baru seperti yang diberitahu pada entri terdahulu.

Ada sedikit ketidak senangan hati tika ini. Namun tidak usahlah aku perkatakan disini kerana bila mana aku ungkitkan kembali maka sakitnya kembali.

Biar ia berlalu dalam diam.

Sesungguhnya aku telah cuba menulis dalam bahasa yang aku rasa lebih matang, lebih profesionnal, lebih ilmiah. Namun aku rasakan kepayahan itu. 

PS: mempraktiskan bahasa ibunda.


2 comments:

little monster, where r u? said...

wah, not bad gak penulisan kamo..boleh dikatakan matang juga..berbanding diri ini..update la pasal umah bru..gambar please!

Princesseira said...

Ok2.. weekend ni aku tgkp gmbr.. weekend lepas x sompat..balik kg.. hihi..