Pages

Thursday, June 28, 2012

Pengakhiran Sebuah Ceritera Cinta Abadi- part 1

Wah2x...  hebatnya tajuk..

Sebenarnya nak bagitau yg kita dah beli novel terbaru Ramlee Awang Murshid ~ Sunan Musafir~..
Beli semalam... Sebenarnya dah lama ternanti-nanti akan novel ni...

Novel terakhir untuk siri2 sebelum ni. iaitu:

  1. Bagaikan Puteri - novel nie je x de dlm koleksi.
  2. Cinta Sang Ratu
  3. Hijab Sang Pencinta
  4. Cinta Sufi
  5. Sutera Bidadari
  6. Sunan Musafir
Novel2 dari No 2 - 6.. semuanya ada... 

Sunan Musafir belum diterokai sepenuhnya, terbatas dengan waktu bekerja dan tidur... Mungkin tersalah masa membelinya...sepatutnya saya membelinya esok...agar dapat dihabiskan penerokaan terakhir bersama Sunan ini sekali gus.... biar bersengkang mata...asalkan saya menemui noktah nya ingin disampaikan.. 

Sekarang saya sudah tidak sabar hendak meneruskan pengembaraan sunan... namun tanggungjawab itu lebih penting...

Ceritera Sunan sejak dari awal telah mengubah persepsi saya kehidupan...membolehkan saya melihat kehidupan ini melalui pandangan yang berbeza dari sebelum ini....
" bersangka baik itu baik, tetapi bersangka baik dengan bersiap sedia itu lebih baik."

Saya kagum dengan novelist ini kerana ideanya, perinciannya, plotnya, seaakan-akan hidup dan pembaca seakan-akan mengembara bersama-sama Sunan.

Ingin sekali melihat Ceritera Sunan ini difilemkan, dan berharap agar filem itu tidak ditokok tambah serta membuang sesetengah event dalam Ceritera ini. Sepertimana yang sering dilakukan masakini apabila sesebuah filem itu diadaptasikan dari sesebuah novel. 

Untuk kesudahan Novel Sunan Musafir ini, noktahnya pasti Mati... tapi bagaimana, itu yg saya akan teroka malam ini... Berharap dengan izin Yang Maha Kuasa saya dapat menghabiskan pembacaan malam ini...

akan saya ulas novel ini untuk entri seterusnya....

PS: Mood sedih.... :-(

2 comments:

Unknown said...

nak pinjam!!! syaz pon gila semua siri2 laksamana sunan nie..

Princesseira said...

hehe... syaz...tunggu saya habis baca dulu ye... ke syaz nak pinjam novel-novel sebelum sunan musafir?