Pages

Tuesday, November 12, 2013

NOVEMBER Yg BUSY

Alhamdulillah... Mak and ayah saya dah selamat tiba di Malaysia 28 Oct 2013 haritu...
Syukur ke hadrat illahi, mereka kembali dengan selamat dan sihat... cuma batuk2 tu biasa la..


jadual untuk bulan NOV 2013 adalah sangat padat..

Busy mengalahkan menteri...

bermula apabila balik kg untuk pilihan raya kecil Dun Sg Limau..
lepas tu balik KL kerja.. ada projek nak start... kat PPUKM.
lepas tu.. nak kena p melawat NUS kat Singapore.. memantau projek kat sana..
lepas tu balik x dan sehari nak kena p Kelantan ada majlis kawin dan trip company...
Lepas tu lagi mungkin site kedua projek akan start end of November..kat Sabah..

Projek sampingan tu x yah kira la.. time-time ujung tahun nie la depa nak serbu..

membebel pon x guna... angkat tangan minta Allah permudahkan semua dan lancarkan perjalanan projek2 kami.

klu menteri lagi busy kot.. hehehe..

lepas tu busy buat report pulak... aiigo.. jgn jadi macam picture kat bawah sudah...


kidnap from google image

PS: update ringkas untuk aktiviti sekitar november..

Wednesday, October 16, 2013

Pengalaman Raya Haji@AidilAdha tanpa Ayah Bonda Disisi..

Alhamdullillah... Tahun ini ayah bonda ku dijemput untuk mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Mereka telah bertolak pada 13 Sep 2013 dan dijangka pulang ke tanah air pada 28 Oct 2013.
Aku sentiasa berdoa agar mereka mendapat Haji yg mabrur.

Bagi kami adek beradek, ini pertama kalinya;
- ayah bonda tiada disisi untuk jangka masa yg panjang
- Beraya tanpa mereka disisi
- Menjalani kehidupan harian tanpa mereka.

Dugaan segi emosi dan rohani. Selalunya hari raya kami meriah dengan pelbagai juadah, serta kunjungan sanak saudara dan sahabat handai..
Namun aidiladha kali ini agak lain.. Kami cuba setakat yang termampu untuk berhari raya dengan gembira. Namun masih tidak sama. Tiada beraneka juadah dari bonda. Tiada takbir bersama dari ayah.
Sungguhpun begitu, aku tetap bersyukur kerna masih dapat bersama mereka2 yang dicintai di hari yang mulia ini... walau jarak memisahkan kita.. namun kita masih boleh bermadah bicara.. memohon keampunan dari kejauhan..

Jauh dari lubuk hati, ku pendamkan kepiluan, kekosongan yang ditinggalkan ayah dan bonda. Ini membuka mata dan hati ku untuk lebih menghargai dua insan ini yang banyak berjasa pada ku..

Kepada Ayah dan Bonda...
Bertabahlah menjalankan ibadah Haji di Tanah Suci.. Kami di sini, senantiasa menanti dan berdoa agar keselamatan, kesempurnaan yang baik untuk kalian berdua. Jangan dirungsingkan kami disini.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar diatas lindungan dan rahmat dari Allah SWT. Aku juga berharap suatu hari nanti aku akan dijemput untuk ke rumah Allah ini.. Amin.

Friday, October 11, 2013

RAM Novel Review: M.A.G.I.S Pertemuan di akhir masa

Ha!...
akhirnya dapat jugak aku cari novel terbaru daripada RAM nie.. Yang beriya sangat tu sebab dalam novel tu dikumpul semua watak-watak utama dari novel-novel popular beliau. Watak-watak tersebut ialah;

  1. Saifuddin@ Laksamana Sunan - dari Siri Novel Laksamana Sunan
  2. Tombiruo - dari Siri Novel Tombiruo
  3. Carlos@Bilal Piut - dari Novel Mandatori
  4. Ryu Watanabe - dari novel Hatiku di Harajaku
  5. Mikhail - dari Novel Mikhail
Kesemua watak-watak ini akan bertemu buat pertama kalinya di dalam Novel ini...

Magis bermula dengan setiap watak di masa dan cerita masing2. Kemudian disebabkan satu peristiwa cincin@Halo mereka terdampar di suatu zaman dipenghujung masa. 

Zaman dimana, diperintah oleh Tuan Turak yang mana Tuan Turak itu dikuasai oleh sesuatu yg bersifat kegelapan.

Setiap dari mereka diekori oleh seorang perempuan tua yang bongkok. Kelima-lima watak berjumpa dan bersatu menentang kejahatan walaupon ada diantara mereka yang pada mulanya berpihak pada kejahatan.
Namun di penghujungnya mereka bersatu untuk menegakkan kembali panji Islam. 

Mereka berperang di dunia Magis menentang kegelapan. Satu demi satu daripada mereka kecundang. Mereka mati di zaman penghujung masa dan kembali sedar di zaman masing-masing dengan membawa seribu satu cerita. Masing-masing kembali mengAgungkan Allah.

Pada aku, MAGIS membawa mesej yang mendalam. tentang Dajjal, tentang Kiamat, dan kebangkitan Islam. Pada aku ia dapat memupuk jiwa untuk terus mencari Islam dan percaya akan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan.

Dalam MAGIS juga merungkap sisi lain setiap watak. 

Tahniah RAM kerana berjaya menghasilkan novel ini.

PS: Sorry pada yg x baca lagi.. aku dah tercerita lebih pulak..hehe.. tp lebih banyak suprise akan anda dapati jika anda membacanya sendiri..




Monday, September 30, 2013

Carilah Bahagia untuk diri sendiri..


Pada aku, kebahagian seseorang terletak pada orang itu sendiri..
Kebahagian ada pasang surutnya, ada turun naiknya..
namun, acap kali kita lebih menilai kebahagian insan lain daripada menyedari kebahagian sendiri,
lebih suka membandingkan bahagia insan lain dengan kekurangan diri..

Kadang kala, kita salah letak dimana mahu diukurnya paras bahagia itu..

Pada aku,

Ukurlah bahagia dimana pun mahu mu.. Jangan dibandingkan dengan insan lain...

Ada insan yang bahagia bila bersama keluarga, ada yang bahagia bila dapat bertemu keluarga sebulan sekali,
malah ada yang bahagia dengan bekerja keras membanting tulang untuk diberikan kepada keluarga...
Jangan dicemburui insan lain, tetapi berusahalah mencari jalan untuk berbakti pada keluarga mu.

Ada insan yang bahagia dengan kereta mewah, ada yang bahagia dengan kereta nasional, malah ada yang bahagia dengan bermotosikal sahaja.. Letakkan bahagia pada kemampuan kita, pada keperluan kita, dan juga letakkan kebergantungan kita pada Yang Esa..
Jangan dibandingkan dengan kereta mewah, kerana mereka juga ada masalahnya.

Hidup lah dalam kemampuan mu, maka kamu akan bahagia...
Bebas dari hutang juga ku rasakan bahagia...

Aku tidak menolak keinginan memperoleh sesuatu, aku juga pernah kecewa kerna keinginan ku tidak kesampaian..

Dulu aku begitu, merasa diri tidak bahagia, serba kekurangan...
Semakin mengeluh makin rumit jadinya..
Namun setelah menerusi kehidupan ini, ku rasakan semua masalah itu cabaran untuk ku..
Cabaran dan dugaan dari yang punya kuasa.. dalam menilai iman kita, menilai ikhlas kita..

Maka dengan itu, aku berusaha untuk lebihkan ikhlas dalam setiap perkara..

Aku bercerita bukan bermakna aku rasa aku sempurna, kerna aku tahu sempurna itu bukan milik manusia..
Ia milik yang Maha pencipta..
Luahan ku bukan untuk berbangga diri.. namun niatku cuma memberi nasihat pada yang ku sayang..agar kita sama2 mendapat manafaat..

namun tidak salah kita mengejar kesempurnaan kerana ia menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya...



Wednesday, September 18, 2013

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Doa yg dibaca selepas solat sunat Dhuha...

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"


Amin.. 

Thursday, June 27, 2013

Audit hati

Aku menulis disaat menjelang ramadan tahun 2013.
meneliti duduk letak iman sendiri. mencongak amalan yang boleh dijalankan dengan kekangan masa, tenaga dan minda.

Aku menulis tika mana hati menjadi pilu mengenangkan dosa2 lampau. terbeban dengan kadar emosi yang tidak menentu.

Dalam ragu-ragu mencari pautan yang kukuh untuk menempuh arus badai kehidupan. pada masa yang sama, menyemai bakti pada ayah bonda.

Namun dalam aku teliti mengatur susun atur kehidupan sendiri, wujud ketidak selarian yang memberi impak yang amat besar. membantutkan proses yang sedia ada. mengubah paksi pegangan prinsip duniawi.

ketidak selarian itu, umpama loceng yang mengejutkan aku dari lena yang panjang. mengembalikan aku pada sedarku sendiri. mengugah keselesaan yang sekian lama dinikmati.

ketidak selarian itu juga umpama teguran pedih pihak atasan. menusuk kalbu tembus hingga ke dasarnya.
mengatakan apa yang diperbuat semenjak dulu hingga kini salah.

tergagau-gagau aku mencari pautan semula. pautan yang lebih kukuh dari sebelum ini.

............

Dulu jika kau masih ingat. Aku pernah menyatakan nya. 
waktu itu kita masih muda remaja. aku terima alasanmu.
salah aku menaruh harapan pada yang tidak pasti.


Thursday, June 20, 2013

Attraction & Distraction (EDT)

Hihihi..I'm seem to be interested in this lately...


to compare it with my previous attraction..
which are this...



and this...

hehehe...just sharing... :-)

Opps!! Lupa..my ultimate distraction is ...

 



PS: thanks to google for the picas!!
Klu tgk betol2x ada persamaan x? except their are celebrities and guy..

Thursday, June 6, 2013

Sama & Serupa

Saban hari,
meniti jalan yang sama,
memanjat tangga yang sama,
melakukan aktiviti yang serupa
bertemu hampir dengan orang yang sama.

aku jadi lali, jemu,
pening memusing, mata berpinar
hati mula menghasut,
akal mula mencari alasan.

Aku cuba mengubah hari-hari ku supaya berbeza,
namun di penghujungnya aku tetap rasakannya sama.
dari segi fizikal, emosi, dan apa saja... semua sama.

Pernahkah anda merasa begitu?
sehingga terlintas untuk diam, kaku tidak bergerak.

Sepertinya aku x bisa melakukan kerja yang sama setiap hari.
Sigh!

Wednesday, June 5, 2013

02-Thoughts

Sesekali musibah melanda menyesakkan jiwa, tapi aku percaya.. sebalik musibah terselindung hikmah dari yang Esa...

"Tidak ada satu musibah yang menimpa seseorang muslim melainkan dosanya dihapuskan oleh Allah kerananya, sekalipun musibah itu hanya kerana tertusuk duri." - Riwayat muslim daripada Aisya R.A

PS: Lately too many unexpected incident happens.. hmm..

Tuesday, June 4, 2013

01-Thoughts..

Dalam mimpi and jaga aku memuja Mu,
Dalam pejam dan celik aku melihat kekuasaan Mu,
Dalam setiap nafas aku menyebut mu,

Dalam aku mencari cinta sejati dari hamba mu,

Aku lupa memintanya dari mu,

Pemilik Cinta Abadi..


Tuesday, May 28, 2013

"A journey of 4 girls in the Lion City"

Cautions! Long post and lots of Pics!!!

Hi!

Best x title? Macam cerita dongeng dulu kala kan.

Ok!
The story begins, in a far far away land called bla-bla-bla.....

Actually I want to tell you guys bout my latest adventure.. eh jap..adventure ke journey.. apa-apa je lah..
to Lion City @ Kota Singa @ Singapura.

Our main target is to conquer the Universal Studio of Singapore with other minor objectives.
We had planned this event long-long time ago, which at first the main purpose is to spent time together as a friends not colleagues. The place is not specified, however since Kota Singa is more convenient for us and everybody was excited to go, and without realize we just selected the journey destination for our little project/journey.

Once the destination selected, we bit by bit started to look up for our accommodation and etc. As the result, we confirmed to stay there 3D2N, with the main objective is the USS. we will spend whole day there to explore it.

After a short of intro, our first day goes like this;

on 23 May we stayed at office and move to KL central to catch our Train that was schedule on 11. However due to some delay, we started to enter the train at 11.20 and the train move around 11.30pm.
We then arrive at woodlands station around 6.30-7.00 am. went through immigration check out and then we head to the bus station to the nearest MRT, where we could buy the MRT Tourist Card, whereby we could used the card anytime at the MRT. The card cost SGD 30 for 3 days.

Luckily, one of our friend is familiar with Kota Singa and she has become our unofficially  tour guide. Thanks to her!
We managed reach to the hotel and put our luggage in their luggage room and ready to explore. We could not check in yet since check in time is around 2pm.

We then head to the Bugis Street and eat our breakfast on the way there. Done some windows shopping at Bugis Street then we head to Haji Lane to see more options. we are captivated by the scenery there. Done with the scenery and we head back to the Hotel to check in and refresh ourself. After some rest around 4-4.30pm we went out again to visit the Garden by the Bay which is near to the Marina Bay hotel.

This place suit it names whereby we could see a lot of different kind of flowers and plants. they also has several place where need entrance fees to walk in. we pay SGD 28 for 2 place which is, flower dome and cloud forest. we left Garden By the Bay around 8 since we all is tired and hungry. I'm also not feeling very well. we then end up at Pastamania to eat our dinner on the way back to hotel.

Once in Hotel, after clean myself, I slept soundly till morning. while my friends stayed up to play some card games.

The second day is totally in USS. We done everything that we could and take pics as much as we can..hehe.. since we go on weekend, there are so many people there and the queue for each rides is very long. If we has chance to go again, we will choose weekend that is not attached to the School Holiday... it too crowded.

we left USS around 9pm after we see the parade and firework show.
once saw the line for the Monorail is longer than expected, we decided to walk to the mainland.
While we walk we were attracted to see why people are gathering infront of the some stage, and we decide to stay to see what happens.

it actually a crane dance that was done beautifully by some kind of robotics.

We then walk back grab dinner and play cards games at hotel before sleep.

Next day is the last day in Kota Singa
we plan to walk by the Clarke Quay till the Merlion Statue. take some pictures and went back to take luggage to airport.

We say goodbye to Kota Singa and till we meet again. We left via Tiger Airways around 4 something.

And at the end the girls reach Malaysia and live happily ever after.

hehehe...
Want to see some pics? here it goes...

































That all.. till meet again in the next entry.

PS: Sila jangan muak dengan gambar2 nie..hehehe...




 

Tuesday, May 14, 2013

Raihan Wedding @ Skudai Johor

Hmm..macam mana nak start nie..

Ok..

Aku, and my uni-mate, sarah n awanis telah berpakat untuk attend majlis raihan yang dibuat kat skudai johor..
Aku lagi sekali x dapat nak bawa kereta..hehehe (keta masih kat Kedah)... sarah sangat baik sebab setuju tuk guna keta dia... :-)!

Our journey started around 8.30 am when I meet them at LRT University station..
we arrived around 11.30 am.. quite fast for me.. thanks to sarah again with her smooth driving and we could find the place easily.
at the car park of the dewan
Meet with everybody we know, which mostly from our university. Eat (cendol is delicious!)
then we could met with raihan and her husband. say wishes and all.. after that we gather for some nice picture as below..

all picture credit to sarah FB and awanis camera..

After some chit chat..we leave with promises to meet again next time!
Congratulation Raihan and semoga berkekalan dan berbahagia di samping suami tercinta...

It was a great journey after all! Thanks also to awanis who take over to drive us home safely.

PS: maybe next time I could drive my tiggo....

Tuesday, May 7, 2013

KAMI TAWAN KEMBALI NEGERI TERCINTA~ 5 May 2013

Akhirnya..
Sila lihat post ini dahulu negeriku dijajah- mac 2008

Setelah 5 tahun dijajah,
kami sudah muak dengan janji-janji manis yang hanya manis dibibir,
Kami juga sudah benci dengan pimpinan yang goyah
Kini sudah sampai masanya kami bangkit,
bangkit mempertahankan hak kami,

Aku,
kini aku sudah mampu membuat keputusan,
sudah mampu memberi pandangan dan sumbangan,
bicara ku kini boleh didengari,
aku sudah punya hak untuk berjuang
menawan kembali negeri tercinta kami...

Tanggal 5 May 2013,
kami keluar berjuang dengan harapan pimpinan baru dipilih.
dan dengan izin Allah, Kami menang
kami menawan kembali Negeri kami!
Pimpinan baru dilantik, muda dan bertenaga!
Semoga keamanan, kesejahteraan dikekalkan
dan juga
Semoga negeri kami membangun bersama seiring negara tercinta!!

Aku bangga kerana menjadi sebahagian dari perubahan ini!

BN menguasai kembali KEDAH...semoga ianya berkekalan...

7/may/2013...2 hari selepas PRU13...

princesseira


Thursday, April 11, 2013

Kisah Semalam ~ Meranduk air Kotor ~

Salam...

Entah betul entah tidak ejaan diatas..

Aku ingin bercerita perihal semalam. Jam menunjukkan tepat pukul 5. Hati mula gelisah memandang ke luar tingkap. Awan mendung berarak, suasana diluar menjadi gelap gelita. Terus tangan menaip sesuatu di laman skype mengajak teman opis ku pulang tepat pada waktunya.
Dalam sedar and tidak, jarum minit jam telah melepas nombor 9. Maknanya sudah lebih 15 minit dari waktu yang sepatutnya.

Kedengaran guruh dan kilat saling bergaduh...
Sekali lagi aku melihat keluar. Harapan aku untuk balik awal semalam musnah. Di luar kelihatan hujan mencurah2 dan langit gelap seakan senja. Tiba-tiba kedengaran suara pengumuman dari building management memberitahu kepada pemilik kenderaan yang meletak kereta mereka di bahagian basement building agar mengalikan kan kereta kerana air semakin meninggi di situ.

Kami pun tanpa berlengah bersiap sedia untuk pulang dan dengan nekad ingin meredah hujan dengan berbekalkan sekaki payung. Mujur aku berselipar sahaja semalam.

Setelah menaiki lif turun, di lobi kelihatan ramai org menunggu untuk hujan reda. Tetapi kami dengan nekadnya, membuka payung dan terus meredah hujan. Hujan yang bagai org putih cakap " Rain like cat and dogs" @ yang seumpama dengannya.

Setelah hampir sampai ke tempat letak kereta, kami terkejut melihatkan kereta salah seorang dari kami sudah di tenggelami air. Maaf tidak sempat mengambil gambar. Maka pemilik kereta tersebut membuat keputusan untuk meninggalkan kereta nya disitu dan pulang dengan teksi.

Air melimpah melepasi buku lali. Terpaksa juga diredah untuk ke stesen LRT berhampiran. Aku sempat mengambil gambar sekeping dua untuk kenangan.

Inilah banjir kilat dikota. dalam sekelip mata boleh berlaku dan juga berakhir.

PS: lama x main air masa banjir..dulu selalu jer main kat kg.
Tup-tup balik rumah..xde air la pulak... dah macam chipmores dah air nie...kejap ada kejap xda... disana banyak, disini kering...haish...

Wednesday, April 10, 2013

Perkembangan Semasa Seorang Aku

Assalamualaikum... maaf lama sudah aku tidak mengemaskini blog nie.. 
hendak dikatakan sibuk..barangkali ya... barangkali tidak..
namun yang utama, adalah aku tidak ada idea mahu menulis tentang apa.
banyak sekali peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling ku, namun ianya tidak mencetuskan sebarang idea untuk penulisan yang matang.

Perkara panas lagi terbaru ialah tarikh mengundi kali ke 13 atau lebih dikenali dengan PRU 13 yang jatuh pada tanggal 5 May 2013 seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya pilihan raya hari ini.

Maka sibuklah sekalian warga kota, yang ada kesedaran sivik dan rasa bertanggungjawab pada negara menerjah kaunter-kaunter tiket tidak kira bas, kereta api mahupun kapal terbang. Begitu juga aku. Berusaha mencari tiket tidak kira secara atas talian mahupun di kaunter. Ingin merasai pengalaman mengundi buat pertama kali. Semoga kali ini kami akan menang!

Selain itu, ingin aku maklumkan disini bahawasanya aku telah selamat berpindah ke kediaman baru seperti yang diberitahu pada entri terdahulu.

Ada sedikit ketidak senangan hati tika ini. Namun tidak usahlah aku perkatakan disini kerana bila mana aku ungkitkan kembali maka sakitnya kembali.

Biar ia berlalu dalam diam.

Sesungguhnya aku telah cuba menulis dalam bahasa yang aku rasa lebih matang, lebih profesionnal, lebih ilmiah. Namun aku rasakan kepayahan itu. 

PS: mempraktiskan bahasa ibunda.


Tuesday, March 26, 2013

Perkara pindah randah yg x best!

Salam..as my previous entri... Saya akan berpindah x lama lagi.. hmmmm...
We all got excited to deko our own room and etc.

Tapi berpindah di tempat yg tiada family untuk bantu bagi cadangan dan angkat barang adalah sangat tidak best.
Ok.. TIDAK BEST!!

Why?
1. transport from old house to new house
2. angkut mengangkut
3. susun meyusun
4. kemas mengemas
5. cuci rumah
6. pasang langsir
7. support your action
8. etc...

semua yg di listkan kat atas nie kena buat sensorang except some items la...

Most importantly I hope my family are here to see where I lived.. and how my home, how I go to work and everything surrounding would effect my judgement and they would understood me more... I also need other judgement  opinion, suggestion except from my friends who see thing most likely the same as me.

unfortunately, my family is far away in Kedah.. and they could not come just to see me moved...


PS: Hope everything will be ok!


Saturday, March 23, 2013

Pindah ke X?

Hmmm.... nak pindah ke x nie....
rumah yang sesuai dah jumpa, cuma kena jalan sket je ke luar tuk naik lrt... ok la kan.. boleh bajet sendiri bila nak kuar...

x perlu naik bas...tapi aku macam sayang nak tinggal rumah sekarang..sebab kat sini tmpt mkn bnyk..ada pasar malam ....

So camna nie....
aku nak pindah sbb slalu lmbt g opis...rasa cam x best la plak kan... tp rumah baru tu pun ok gak la.. ada supermarket gaint kat depan..walking distance la..hihihi...

cumanya kena rajin masak le... huhuhu...


Tuesday, February 26, 2013

Dalam Mencari Kesempurnaan yang tidak sempurna..

Dalam kita mencari kesempurnaan.. dalam setiap nafas yang di hela... dalam setiap butir bicara manusia..
dalam gelap ...dalam terang... dalam mimpi mahupun realiti... 
tapi...
telah termaktub bahawa manusia hanya hamba yang tidak sempurna..
Allah yang Maha sempurna...

Kita mencari kesempurnaan pada pandangan mata hina manusia... namun kita tidak sedar yang Allah lebih mengetahui apa yang lebih sempurna untuk kita hambanya...

Dalam setiap sujud, doa dan tahajud, kita pohon pada-Nya kehendak kita mengikut perancangan manusia...
namun siapa yang lebih baik perancanganya melainkan yang Maha Esa...

Dalam kita percaya dengan iman yang tipis... kita menduga perancangan-Nya... namun tanpa izin-Nya... kita salah dalam mentafsir...
Siapa kita untuk menduga perancangan-Nya?!

Dengan fikiran yang sempit, akal yang sejenkal, dan setitik ilmu ... sudah pasti kita terlampau kerdil 
disisi-Nya... 

Dalam angan dan impi, memasuki syurga-Nya... kita mungkin terjerumus dalam neraka yang paling dalam...

Dalam kita cuba berbakti, dalam kita cuba menyenangkan orang lain... hati sendiri tidak terjaga, hati sendiri jatuh dalam air busuk, hati sendiri yang hancur bak kaca menghempas batu, hati sendiri yang pedih umpama luka disapu garam...

Siapa kita untuk menentukannya?

Hamba yang hina, yang alpa, yang lalai, yang lupa, yang angkuh... 
Sebaiknya..serahkan pada yang Maha Esa.. 
Usaha sebaiknya dan tawakal pada ketentuan-Nya...

Princesseira ~ Ampang 
Feb 2013

Monday, February 25, 2013

3rd Day @ LAOS

Sorry..lambat update lagi...

Ok..After we check in again a Salana Hotel, we then take some rest for solat. Around 2 PM if I remember correctly , we naik bus again to our last destination today which is Buddha Park.
After around 15-20 minute ride on the bumpy road which like a Lao Massage to us..we reach at the Buddha park to see a lots of statues there. Our tour guide make the tour like a history class where he will tell a story for every statue in the park...

Below is some of the view at the park...

pumpkin statue - where hell, earth & heaven is  shown in the pumpkin

At the pumpkin entrance

the biggest buddha statue there!

Phra Rahou eat the moon
After some photo taking activity, we went back to Salana Hotel for rest and site seeing around the Hotel...
I'm taking this opportunity to search for Lao body Massage...hihi..finally found it and do it before dinner..

Once we finish our dinner, its time for Nite Market Final Shopping!!! Hahaha..

I bought some T-Shirt, bracelet, keychain and fridge magnet for souvenirs..

Laos Bracelet

Laos T-shirt
Lastly...the next day is the day we say good bye to Laos... :-(...

Final Group Photo

Fly back to Malaysia...
 Bye Laos, you have give a best memory ever and we hope to visit you again in future...hehehe...

~~END~~